Pemberitahuan » Panduan » Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM

Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM

Adakah anda majikan? atau anda bekerja di bahagian sumber manusia? nak semak ketulenan sijil diploma mahupun ijazah graduan Uitm? 

Jom teruskan membaca.

Jadi pada artikel kali ini, Kami akan memberi anda sedikit infomasi mengenai cara menyemak ketulenan sijil – sijil yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Teknologi Mara. Sebelum ini Viral mengenai yang dijual pada harga yang berbeza mengikut tahap akademik sehingga mencecah harga RM3,000

Semakan Ketulenan Sijil Uitm

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, wartawannya telah menyamar sebagai pembeli mendapati sindiket yang beroperasi dari Puchong, Selangor itu hanya menjual sijil palsu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Segi. Sijil diploma serta ijazah sarjana muda palsu UiTM masing-masing ditawarkan pada harga RM1,000 dan RM2,000. Manakala, sijil diploma palsu Kolej Segi dijual pada harga RM2,000 dan ijazah sarjana muda dan sarjana dikenakan bayaran RM3,000.

Disebabkan itu, UiTM telah mengambil inisiatif dan langkah selamat buat majikan dan sesiapa sahaja di luar sana untuk menyemak keaslian graduan UiTM. Pihak UiTM telah mewujudkan satu portal khas untuk para majikan dan Jabatan sumber manusia  (HR) sesebuah  organisasi untuk menyemak ketulenan ijazah graduan lepasan Uitm yang ingin memohon pekerjaan susulan daripada kewujudan sindiket yang memalsukan ijazah baru – baru ini. Kebaikan sistem yang dikeluarkan oleh pihak Uitm ini memastikan tiada lagi sijil palsu untuk masa hadapan.

Cara Semakan Sijil Uitm Secara Online

Sistem Semakan Graduan UiTM atau juga dikenali sebagai UiTM Graduate Quick Search ini, akan membuktikan seseorang itu benar-benar graduan dari universiti tersebut dengan hanya memasukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan graduan untuk membuat semakan sijil dan semak kesahihan sijil uitm, Pihak majikan mahupun HR boleh menyemak dengan sendiri di portal yang di sediakan oleh pihak Uitm dengan cara :

  1. Layari laman web https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat/
  2. Pihak majikan mahupun HR perlu memasukkan maklumat graduan seperti Student ID, Identity Card No, atau Nama penuh graduan. Untuk maklumat tepat kami sarankan supaya pihak majikan atau HR memasukkan no kad pengenalan graduan.
  3. Selepas mengisi maklumat yang di minta tekan butang Search. 
Baca Juga :  Jawatan Kosong MARA 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

semakan sijil Uitm 1 - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM

Berikut merupakan contoh keputusan yang akan di keluarkan di website :

semak sijil Uitm - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM

Bagaimanapun, buat masa masa sekarang, Maklumat ini tepat untuk lepasan siswazah sejak tahun 2003 dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen UiTM, Maklumat seperti di bawah :

con address - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM

Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen
Pejabat Pendaftar
Aras 3 Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam Selangor 40450 Malaysia

emailButton - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM brpk@uitm.edu.my

con tel - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM Pleae refer the link below for Person In Charge of your Faculty / Programmes

con fax - Cara Semak Kesahihan Sijil UiTM No. Faksimili : +03-5544 3111

https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/component/content/article/18-direktori-kami/101-direktori-staf-1.html

Kesimpulan

Mudah bukan? Pelbagai alternatif disediakan oleh pihak UiTM untuk memudahkan pihak majikan membuat urusan semakan sijil graduan UiTM bagi memastikan ketulenan sijil para graduan.Diharapkan artikel kami kali ini dapat membantu anda menyemak ketulenan sijil Uitm dan semak kesahihan sijil uitm bagi memastikan majikan tidak tertipu dengan sijil palsu yang semakin berleluasa di zaman sekarang.Inisiatif yang dijalankan oleh UiTM ini sangat baik bagi menentang sindiket menjual sijil palsu dengan berkesan.Institut pengajian lain juga boleh mengambil langkah yang sama bagi mengelakkan sindiket ini terus berleluasa.