Pemberitahuan » Terkini » Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%.

Wow! Diskaun sebanyak 70%? Biar betul ni? Bukan scam ya?

Untuk makluman anda, diskaun saman sebanyak 70% ini telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan melalui Facebook rasmi JPJ.

Anda berminat?

Pemberitahuan hari ini membawakan anda artikel Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70% Sepanjang Bulan Kemerdekaan sebagai panduan lengkap. Cara semak dan bayar saman pun kami sertakan!

Jom baca!

Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70% Sepanjang Bulan Kemerdekaan Tahun Ini

Diskaun 70 Saman e1595999560598 - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

Diskaun saman ini bersempena bulan Kemerdekaan Negara untuk semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Jadi bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 1 Ogos ini.

Hebat bukan?

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang disebut dibawah:

  1. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

SEMAKAN DAN PEMBAYARAN SAMAN JPJ/AES/SPAD (DISKAUN 70%)

Kami turut sertakan cara semakan dan pembayaran saman JPJ/AES/SPAD dibawah:

SEMAKAN SAMAN ONLINE

1 – PERKHIDMATAN MYEG

MyEG menawarkan servis untuk menyemak saman trafik PDRM, JPJ, AES dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan servis MyEG untuk menghantar notifikasi pada alamat email anda sekiranya anda mempunyai saman baru.

Tak payah nak pergi check lagi, notifikasi pemberitahuan automatik akan dihantar kepada anda. Mudah dan cepat.

MyEG juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

Cara menyemak saman menggunakan servis MyEG:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah anda daftarkan sebelum ini (untuk pendaftaran buat kali pertama anda perlu klik butang ‘CREATE ACCOUNT’ untuk menggunakan servis di MyEG)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih anda ingin semak saman PDRM, JPJ, atau AES
  4. Kemudian anda akan dibawa ke paparan saman yang ingin disemak
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online
Baca Juga :  Kalendar Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2020

cara semak saman online 1 - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

2 – PORTAL RASMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

Cara menyemak saman di portal rasmi JPJ:

  1. Di bahagian ‘Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan ‘Semakan Saman JPJ dan AES’
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang ‘Semak’
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

cara semak saman online 2 - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

Nota penting untuk saman JPJ dan AES:

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

3 – PERKHIDMATAN SISTEM ‘RILEK’

Cara menyemak saman menggunakan servis ‘RILEK’:

  1. Layari laman sesawang RILEK – https://www.rilek.com.my/
  2. Anda perlu membuat pendaftaran baru untuk pertama kali dan login menggunakan nama serta kata laluan
  3. Klik pada menu dropdown ‘Search By’ dan pilih kaedah semakan
  4. Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekab butang ‘Next’
  5. Pembayaran saman boleh dibuat tapi hanya untuk perbankan internet Maybank, RHB dan CIMB

cara semak saman online 3 - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

4 – SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM

Cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  1. Pergi ke laman rasmi SSO
  2. Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

SEMAKAN SAMAN SMS

CARA SEMAK SAMAN POLIS

semak saman pdrm - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN ABC1234

ATAU

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 654321870912

CARA SEMAK SAMAN JPJ

semak saman jpj - Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 654321870912

ATAU

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman DEF5678

CARA BAYAR SAMAN TRAFIK SECARA ONLINE (DISKAUN 70%)

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan e-Services.

Berikut kami sertakan cara pembayaran saman yang mudah:

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-services.

Anda boleh membayar saman anda secara online melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Kesimpulan

Ini merupakan inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk menggalakkan pengguna membayar saman-saman mereka yang tertunggak. Apa anda tuuggu lagi? Rebut peluang diskaun 70% ini!

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengguna!

TERIMA KASIH