Pembancian di Malaysia akan dijalankan menerusi kaedah pembancian online atau eCensus disebabkan penularan wabak COVID-19 pada 2020. Kaedah pembancian ini tidak memerlukan proses pembancian secara bersemuka (face to face) dan hanya perlu menjawab soal selidik secara dalam talian sahaja.
Oleh itu, kerjasama rakyat Malaysia dalam memberikan maklumat yang diperlukan amat penting. Hal ini demikian kerana ia menjadi asas kepada data perangkaan penduduk dan perumahan untuk tujuan pembangunan sosio-ekonomi negara.
Isi Kandungan
Apakah eCensus/Banci Online Malaysia?
Banci Penduduk dan Perumahan 2020 adalah pembancian bilangan penduduk dan isi rumah berdasarkan pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi. Kerja pembancian semua tertakluk kepada Akta Banci 1960 (Disemak-1969).
Banci menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia. Bagi golongan belia yang mencari peluang pekerjaan, boleh lihat SINI.
Tempoh Pembancian 2020
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia dijalankan pada:
- Fasa 1: Diadakan secara atas talian via e-Census pada 7 Julai hingga 30 September 2020
- Fasa 2: Diadakan secara temuramah bersemuka pada 7 Oktober hingga 24 Oktober 2020
Siapa yang Perlu Dibanci?
Semua penduduk termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal sekurangnya 6 bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2020. Ini termasuk:
- Bayi yang lahir PADA ATAU SEBELUM Hari Banci dan MASIH HIDUP pada Hari Banci (7 Julai 2020).
- Penduduk Malaysia yang berulang alik melintasi sempadan Malaysia untuk bekerja atau belajar tetapi menetap di Malaysia.
- Penduduk Malaysia yang keluar negara untuk melancong, pengajian jangka masa pendek (kurang dari 6 bulan) atau menghadiri persidangan/seminar atau urusan perniagaan.
- Pegawai dagang dan pekerja asing serta keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
- Pelawat dan penuntut asing yang menetap di Malaysia.
- Anggota tentera dan pegawai diplomatik asing serta ahli keluarga mereka yang menetap di Malaysia.
- Orang yang tiada tempat tinggal (gelandangan).
Siapa Yang Tidak Perlu Dibanci?
- Bayi yang lahir SELEPAS Hari Banci (7 Julai 2020).
- Orang yang meninggal dunia SEBELUM Hari Banci (7 Julai 2020).
- Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang telah atau akan keluar negara bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2020 untuk belajar, bekerja dan sebagainya.
- Anggota tentera dan tentera diplomatik serta ahli keluarga mereka yang tinggal di luar Malaysia.
- Orang asing seperti ahli perniagaan, pelancong dan sebagainya yang berada di Malaysia untuk tempoh kurang dari 6 bulan dalam tahun 2020.
Cara Mendaftar dan Mengisi e-Census
Cara menjawab soal selidik atau banci secara dalam talian ini boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:
A. Bagi Yang Tidak Mendapat Poskad
Bagi mereka yang tidak mendapat sebarang poskad, pergi ke laman web eCensus untuk mendapatkan invitation code anda.
Ikut langkah seperti berikut:
- Pergi ke pautan laman web banci eCensus: https://ecensus.mycensus.gov.my/
- Isi maklumat asas untuk pra-pendaftaran.
- Sahkan maklumat dan tunggu arahan seterusnya.
- Invitation Code akan dihantar melalui emel.
- Tempoh masa penghantaran Invitation Code adalah dalam tempoh 72 jam daripada masa pengesahan emel dilakukan.
NOTA:
- Pastikan anda telah membuat pengesahan emel selepas membuat Pra-Pendaftaran e-Census.
- Selain itu, anda harus menyemak emel tersebut di ruangan folder junk atau spam.
- Sekiranya anda masih tidak menerima sebarang emel untuk membuat pengesahan Pra-Pendaftaran tersebut, anda perlu membuat Pra-Pendaftaran semula ya.
B. Bagi Yang Mendapat Poskad
Penghantaran poskad akan dibuat dalam tempoh 6 hingga 24 Julai 2020. Bagi mereka yang sudah menerima poskad tersebut, anda perlu ikuti langkah yang telah diterangkan pada poskad itu.
Langkahnya adalah seperti berikut:
- Terus masuk ke laman web dan daftar sebagai pengguna kali pertama.
- Isi butiran dan Invitation Code yang telah diberikan menerusi poskad.
- Pengguna akan menerima kod OTP menerusi emel yang didaftarkan.
- Isi borang soal selidik dengan lengkap dan klik butang pengesahan.
- Hantar soal selidik.
NOTA:
Sekiranya anda tidak mempunyai emel atau tidak tahu mengisi soal selidik secara online, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melakukan temu ramah secara berdepan di tempat kediaman anda mulai tarikh 7 hingga 24 Oktober 2020.
Anda boleh juga semak dan rujuk cara mengisi soal selidik eCensus menerusi video rasmi DOSM di bawah ini.
https://www.facebook.com/DOSMSelangor/videos/guide-to-e-census/2650620688541648/
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan eCensus atau bancian online Malaysia 2020, sila hubungi:
Jabatan Perangkaan, Malaysia,
Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514, Putrajaya, Malaysia.