Pemberitahuan » Informasi » eKasih:Pendaftaran & Semakan Status eKasih Secara Online 2020

eKasih:Pendaftaran & Semakan Status eKasih Secara Online 2020

eKasih:Pendaftaran & Semakan Status eKasih?

Sistem ini dibina di Malaysia bagi tujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa dan dapat menikmati hak kemanusiaan yang sama rata dengan yang lain.

Untuk itu, artikel kami hari ni, Pendaftaran & Semak Status eKasih Secara Online 2020  memberikan anda panduan tentang cara-cara permohonan dan sebagainya bagi kita sama-sama bantu membantu golongan yang memerlukan ini.

Apa Itu eKasih? 

Untuk pengetahuan anda, satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin dikenali sebagai “eKasih” telah diwujudkan di dalam membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini telah dijadikan sebagai rujukan oleh kementerian/ agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan penduduk.

Golongan berpendapatan rendah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016.

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada jumlah RM1,500 sebulan (Bandar) atau RM1,000 sebulan (Luar Bandar) adalah digalakkan/ layak untuk mendaftar.

Pendaftaran & Semak Status eKasih Secara Online 2020

Berikut kami kongsikan kepada anda cara-cara pendaftaran, ciri-ciri sistem eKasih, cara semakan dan sebagainya bagi mereka yang berminat:

CARA MENDAFTAR PROGRAM

BORANG PENDAFTARAN

Menerusi medium pendaftaran terbuka e-Kasih ini, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada maklumat yang disediakan berikut untuk membuat pendaftaran.

Individu/ orang awam boleh hadirkan diri ke:

  1. Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau
  2. Pejabat Daerah yang berdekatan atau
  3. Melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

SENARAI NO TELEFON PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI (PPN)

Senarai nombor telefon PPN mengikut negeri yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN Pulau Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan Kuala Lumpur : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800
Baca Juga :  Permohonan Guru Ganti 2020 Secara Online

PROSES KERJA PERMOHONAN PENDAFTARAN

Gambar rajah berikut adalah Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih buat rujukan anda:

proses pendaftaran ekasih - eKasih:Pendaftaran & Semakan Status eKasih Secara Online 2020

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN SEMASA (PGK) YANG MENJADI PANDUAN

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua (2) tahun sekali.

PGK semasa (tahun 2016) adalah seperti berikut:

Pendapatan Garis Kemiskinan - eKasih:Pendaftaran & Semakan Status eKasih Secara Online 2020
SUMBER: Soalan Lazim eKasih

SEMAKAN PERMOHONAN eKASIH 

Berikut kami kongsikan dua cara untuk anda membuat semakan permohonan eKasih ini:

SEMAKAN SECARA MANUAL

Bagi memastikan nama anda telah pun didaftarkan ke dalam sistem eKasih ini, anda perlu menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jab Pembangunan Persekutuan/ Pej Pembangunan Negeri (JPP/PPPN
– Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) seperti yang disediakan di atas dan memberikan maklumat seperti:

  1. Nama
  2. No. Kad Pengenalan
  3. No. telefon
  4. Alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

SEMAKAN SECARA ONLINE

Untuk cara yang lebih mudah dan cepat, adalah anda membuat semakan pendaftaran EKasih secara online melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Semakan Pendaftaran E-Kasih Online

Anda hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan dan tekan pada butang ‘Klik Untuk Cari’

CIRI-CIRI eKASIH

Ciri-ciri utama sistem eKasih ini adalah seperti berikut:

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis
  5. Kemiskinan (PGK) per kapita
  6. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  7. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Maklumat Lanjut Pendaftaran & Semak Status Secara Online 2020

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, sila layari Portal Rasmi Pembasmian Kemiskinan E-Kasih di pautan berikut:

Anda juga boleh mendapatkan manual pengguna dengan memuat turun manual tersebut di pautan di bawah:

Kesimpulan eKasih:Pendaftaran & Semakan Status ekasih

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Sama-samalah kita membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, mereka amat memerlukan terutama sekali dalam keadaan negara yang dilanda penularan covid-19 ini

Sebar-sebarkan artikel ini kepada ahili keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.

TERIMA KASIH