Pemberitahuan » Panduan » Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia?

Tahukah anda apa itu virus Corona ini? Apa langkah-langkah pencegahan yang terbaik yang boleh anda ambil untuk melindungi diri dan keluarga daripada virus ini?

Artikel Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia ini Pemberitahuan bawakan khas untuk kita sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang proaktif dan efektif dalam membendung penularan virus Corona ini.

Mari teruskan membaca!

Mengenali Novel Coronavirus (COVID-19)

Heboh dengan Covid-19 yang sedang menyebar cepat di negara kita sekarang, namun, adakah anda tahu apa sebenarnya virus Corona ini?

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan famili atau kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang merangkumi selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Nama Coronavirus berasal daripada perkataan Latin ‘Corona’ yang bermaksud mahkota yang merujuk kepada bentuk virus tersebut apabila dilihat di bawah mikroskop. Novel Coronavirus pula adalah spesis baru yang belum pernah ditemui pada manusia.

novel coronavirus - Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Susulan daripada penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai pandemik.

Apa yang boleh kita fahamkan sebagai pandemik?

Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

51583984145 freesize - Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Berikut merupakan simptom-simptom, cara pencegahan dan beberapa fakta penting yang dapat kami kongsikan kepada anda mengenai virus Corona ini:

SIMPTOM DAN TANDA AWAL VIRUS CORONA

  • Demam
  • Batuk
  • Sesak Nafas

*NOTA: Pesakit akan mengambil tempoh antara 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut (berdasarkan jangka masa virus MERSCoV untuk menunjukkan simptom)

PANDUAN MENCEGAH PENULARAN VIRUS CORONA

Ingin kami ingatkan disini bahawa penawar efektif bagi virus ini masih lagi berada di dalam kajian, oleh itu langkah yang terbaik yang boleh kita ambil adalah dengan cara mencegah.

Berikut kami sertakan langkah-langkah pencegahan yang boleh anda amalkan:

  1. Jaga kebersihan diri dengan cara mencuci tangan dengan kerap (gunakan air, sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer)
  2. Amalkan etika iaitu menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk dengan tisu kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah
  3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak berbasuh.
  4. Sekiranya melawat ke tempat-tempat yang terjejas dengan wabak ini (dan perjalanan tidak dapat dielakkan):
    – Sentiasa membawa penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
    – Elakkan berkunjung ke tempat tumpuan orang ramai dan bersentuhan atau bergaul rapat dengan individu        yang mempunyai simptom
    – Elakkan melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau              menyentuh sebarang jenis haiwan
    – Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan seperti daging dan telur yang mentah atau tidak dimasak          dengan sempurna
  5. Sekiranya jatuh sakit (mengalami jangkitan saluran pernafasan iaitu demam, batuk atau sukar bernafas) dalam tempoh 14 hari setelah pulang dari lawatan tersebut, segera dapatkan rawatan perubatan. Selain itu, berikan maklumat berkaitan perjalanan tersebut kepada doktor yang merawat
Baca Juga :  Malaysia terpilih untuk uji ubat Covid-19

FAKTA PENTING VIRUS CORONA (COVID-19) YANG PERLU ANDA TAHU

  • Novel Coronavirus tersebar dengan cara yang sama seperti influenza dan virus lain iaitu melalui udara
  • Ia merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada individu lain menerusi titisan salur pernafasan (respiratory droplets) samada sewaktu bercakap, batuk atau bersin
  • Titisan tersebut boleh mencemari suatu-suatu permukaan dan mengakibatkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan berkenaan
  • Untuk mengenalpasti samada Novel Coronavirus telah berjangkit pada diri seseorang, ujian pengesahan dilakukan dengan cara mengambil sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung sebelum digunakan untuk menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) bagi mengesan genetik penyakit tersebut
  • Setakat ini tiada lagi penawar spesifik seperti antiviral yang dapat digunakan untuk merawat Novel Coronavirus. Bagi pesakit yang telah dijangkiti, mereka hanya dapat menjalani rawatan sokongan sehingga pulih daripada penyakit tersebut dengan sendiri.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL PIHAK KKM

langkah dan respon KKM untuk coronavirus 1 - Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

 

langkah dan respon KKM untuk coronavirus 2 - Kenali Covid-19 Virus Pandemik Melanda Malaysia

Kesimpulan

Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan sehabis daya mereka dalam membendung penularan virus Corona ini. Selebihnya kita sebagai rakyat Malaysia sendiri perlu ada sifat bertanggungjawab dan prihatin terhadap situasi semasa yang melanda negara.

Jangan cuba mengambil kesempatan ke atas situasi seperti ini, malah kita harus saling membantu antara satu sama lain. Kongsikan artikel ini dengan semua ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Sama-sama kita memerangi virus Corona ini!

TERIMA KASIH