Pemberitahuan » Terkini » Kempen e-Dagang Shopee PENJANA: Usahawan Mikro Terima RM1,500

Kempen e-Dagang Shopee PENJANA: Usahawan Mikro Terima RM1,500

Kempen e-Dagang Shopee PENJANA.

Anda merupakan usahawan mikro dan ingin mengembangkan perniagaan ke medium online seperti Shopee?

Kami ada berita baik buat anda!

Modal sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

Artikel kami hari ini Kempen e-Dagang Shopee PENJANA: Usahawan Mikro Terima RM1,500 memberikan anda segala maklumat dan panduan khas mengenai Kempen eDagang PENJANA ini. Semuanya ada disini.

Jom baca!

Apa Itu Kempen e-Dagang PENJANA?

Untuk makluman anda, Kempen E-Dagang PENJANA ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ianya dijalankan untuk merancakkan ekonomi dengan mempercepatkan digitalisasi dalam kalangan perniagaan tempatan serta memberi galakan kepada penjual yang baharu kepada e-dagang.

Usahawan e-commerce mikro dan PKS yang ingin menjalankan perniagaan secara online merupakan target utama kerana Kempen eDagang PENJANA telah  menawarkan faedah sebanyak RM1,500 kepada usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan di Shopee.

Berbaloi bukan?

Platform Shopee memberi peluang kepada usahawan untuk memasarkan pelbagai produk mereka secara online dan pembeli boleh membeli barang-barang yang dijual di dalam platform ini pada bila-bila masa di mana-mana.

MANFAAT DITERIMA MELALUI KEMPEN e-DAGANG

Manfaat yang bakal diterima melalui Kempen eDagang PENJANA di Shopee adalah:

  • Pemberian baucar Shopee RM1,000 untuk meningkatkan jualan perniagaan
  • Kredit ‘Shopee Ads’ berjumlah RM500 yang merupakan kredit iklan percuma untuk pemasaran
Baca Juga :  Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

as - Kempen e-Dagang Shopee PENJANA: Usahawan Mikro Terima RM1,500

Kempen e-Dagang Shopee (PENJANA): Usahawan Mikro & PKS Terima Faedah RM1,500

Berikut kami kongsikan maklumat proses permohonan bantuan atau faedah ini bagi mereka yang berminat:

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan faedah Kempen e-Dagang PENJANA bagi platform perniagaan online Shopee ini dibuka sehingga 23 September 2020

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEMPEN e-DAGANG: SHOPEE

Bagi mereka yang berminat membuat permohonan ini mestilah memenuhi dua syarat di bawah terlebih dahulu:

  1. Mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 30 Jun 2020 dan seterusnya.
  2. Merupakan usahawan mikro PKS tempatan dan individu dengan atau tanpa pendaftaran perniagaan.

CARA-CARA PERMOHONAN KEMPEN e-DAGANG: SHOPEE

Sekiranya anda memenuhi dua syarat kelayakan di bawah anda boleh membuat permohonan mengikut cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://shopee.com.my/events3/code/986263060/
  2. Klik butang ‘Click Here’ di bahagian ‘Apply Now.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no telefon/nama pengguna/email dan kata laluan.
  4. Isi maklumat berikut iaitu:
    – Nama penuh
    – Username Shopee
    – Nama kedai Shopee
    – Poskod
    – Pilihan baucer
  5. Tandakan pengakuan yang diberikan.
  6. Klik butang ‘>’ untuk menghantar permohonan

Maklumat Lanjut Kempen e-Dagang Shopee PENJANA

Sebarang pertanyaan mengenai Kempen e-Dagang PENJANA ini boleh terus hubungi Pusat Panggilan Shopee di talian 03-2777 9222.

Pemberitahuan berharap artikel ini dapat membantu anda yang berminat menceburkan diri di dalam perniagaan online Shopee.

Selamat maju jaya kami ucapkan pada semua!

TERIMA KASIH