Pemberitahuan » Informasi » Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat Personal Financing-i Public merupakan pelan pinjaman peribadi Islamik daripada Bank Rakyat. Ianya bersifat Islamik kerana pinjaman ini tak bercagar bermaksud anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon. Anda boleh lihat permohonan pinjaman peribadi yang lain di SINI.

Skim pinjaman peribadi ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di Sektor Awam iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government Linked Companies (GLC) terpilih, dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Salah satu ciri menarik yang ditawarkan oleh Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam ialah kelayakan gaji minima yang rendah berbanding pinjaman peribadi lain. Bank ini telah menetapkan kelayakan gaji minima iaitu RM1,000 sebulan, atau RM12,000 setahun.

Kadar keuntungan yang dikenakan juga antara kadar terendah untuk personal loan Islamik kakitangan awam selain kelayakan gaji minimum yang rendah.

Ciri-ciri dan Kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

ciriciri - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

  • Pinjaman 100% Patuh Syariah: Pinjaman ini merupakan pinjaman peribadi Islamik patuh syariah dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah.
  • Jumlah Pembiayaan yang Fleksibel: Anda boleh mohon jumlah pembiayaan dari RM5,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh Pembiayaan yang Sangat Fleksibel: Tempoh pembiayaan bermula dari 1 tahun hingga 10 tahun.
  • Kelayakan Umur yang Fleksibel: Terbuka kepada kakitangan awam, GLC dan anggota ATM yang berusia 18 tahun hingga 60 tahun. Sangat sesuai untuk mereka yang baru mula berkhidmat dan ingin memohon pinjaman peribadi tak bercagar.
  • Kadar Keuntungan Terendah: Antara Personal Loan Islamik tak bercagar untuk sektor awam dengan kadar untung terendah iaitu antara 3.57% p.a hingga 4.09% p.a.
  • Tiada Caj Proses: Tiada sebarang caj penamatan awal dikenakan jika anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Malah, anda akan mendapat rebat (ibra’) dari Bank Rakyat.
  • Saluran Bayaran Balik yang Fleksibel: Pinjaman boleh dibayar melalui beberapa saluran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), pindahan gaji ke Bank Rakyat, dan pembayaran elektronik.
Baca Juga :  i-Lestari KWSP: Permohonan Dan Semakan Status

Syarat Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minima 18 tahun dan maksima 60 tahun (semasa tamat tempoh pembayaran)
  • Berkhidmat di Sektor Awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan anggota Angkatan Tentera Malaysia
  • Berkhidmat dalam tempoh minimum 3 bulan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 atau tahunan tetap RM12,000
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA)
  • Bukan di bawah selaan AKPK

Kelayakan Pembiayaan

kelayakan pembiayaan - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera
  • Salinan Slip Gaji terkini (3 bulan)
  • Salinan Penyata Bank: Kemasukan gaji 3 bulan terkini
  • Salah satu daripada dokumen ini: Surat pengesahan jawatan daripada majikan atau Borang EA terkini

Jadual Pembayaran Balik

Jadual installment pembayaran pinjaman peribadi (kadar tetap) adalah seperti berikut:

pembiayaan peribadi tetap takaful - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

 

pembiayaan peribadi tetap tiada takaful - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Jadual installment pembayaran pinjaman peribadi (awam terapung) adalah seperti berikut:

awam terapung - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Jadual ini sebagai panduan dan rujukan sahaja. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi, Kadar Faedah/Keuntungan, Jumlah Pinjaman, Tempoh Pembiayaan, Base Rate (BR) dan sebagainya. Oleh itu, jumlah pembayaran akhir masih bergantung dan tertakluk kepada pihak Bank Rakyat.

Caj yang Dikenakan

Caj-caj yang akan dikenakan sekiranya permohonan anda LULUS:

  • Tiada caj proses
  • Caj Duti Setem : 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus
  • Caj Wakalah: RM30.00 (termasuk Yuran Broker)
  • Caj Lewat Bayar: Sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (ganti rugi Ta’widh)

fi dan caj bank rakyat - Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

Bank Rakyat juga menawarkan pelan perlindungan Takaful daripada syarikat Takaful yang dilantik oleh Bank seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik. Ini tidak wajib dan hanyalah pilihan peminjam. Anda juga turut bebas mengambil perlindungan Takaful daripada mana-mana syarikat Takaful di Malaysia.

Cara Memohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Anda boleh memohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran anda.

Selain itu, anda juga boleh memohon pinjaman ini secara atas talian (online) menerusi laman web Bank Rakyat Personal Financing-i Public Sector.