Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Dan Semakan Yapeim Secara Online

Permohonan Dan Semakan Yapeim Secara Online

  • Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Secara Online? Macam mana tu? Apa syarat-syarat kelayakan dan dokumen-dokumen yang diperlukan?

Normal sekiranya anda dibelenggu dengan persoalan-persoalan di atas ini, seperti biasa, Pemberitahuan ada solusinya untuk anda!

Bagaimana?

Dengan entri baru kami hari ini iaitu Permohonan dan Semakan Yapeim Secara Online yang merangkumi beberapa maklumat asas yang perlu anda ketahui mengenai Dana Inspirasi Malaysia ini.

Masih berminat? 

Jom!

APA ITU DANA INSPIRASI MALAYSIA (INSPIRASIKU) YAPEIM?

Tahukah anda melalui Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM bagi tahun 2020, pelajar sekolah bakal menerima bantuan sehingga RM500 dan pelajar IPT pula sehingga RM1,000.

‘Wah, bagusnya, tapi apa sebenarnya Dana Inspirasi Malaysia ini?’

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Antara matlamat utama dana ini ialah:

  • Untuk membantu dan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah atau kumpulan B40 untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit
  • Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif
  • Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40

Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Secara Online

Berikut Jutawan Online kongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.

Permohonan boleh dibuat secara online bermula Disember tahun lepas sehingga tarikh tutup 31 Januari 2020.

Untuk permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati di sini:

  • Ibu Pejabat YaPEIM Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri
  • Cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara
  • Memuat Turun Borang di media sosial rasmi dan laman sesawang YaPEIM “yapeim.my”

Setiap borang mesti disertakan senarai semak. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada pegawai A (Pegawai Kerajaan)/ Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

Baca Juga :  Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Permohonan kategori pelajar sekolah hendaklah diisi oleh ibu bapa atau penjaga. Manakala bagi permohonan bantuan IPT boleh diisi boleh pelajar sendiri.

Dan menariknya bantuan ini tidak dihadkan untuk seorang anak sahaja. Setiap keluarga layak memohon lebih dari satu permohonan sekiranya setiap anak memenuhi kriteria dan syarat permohonan. Sekiranya anda pernah dapat Dana Inspirasi Malaysia sebelum ini, anda masih boleh memohon kali kedua dan seterusnya sekiranya masih layak.

PENGURUSAN DOKUMEN 

Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut:

  1. Serahan tangan ke ibu pejabat YaPEIM
  2. Pos laju /ekspress ke ibu pejabat YaPEIM
  3. Emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  4. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM berdekatan
  5. Pejabat YaPEIM Negeri

Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur)

Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di http://inspirasiku.yapeim.my

SYARAT AM PERMOHONAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara syarat am permohonan:

  • Permohonan mesti atas nama ibu/ bapa/ penjaga
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan

Antara dokumen diperlukan ketika mengisi permohonan ini ialah:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri / pencen / surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah / surat akuan daripada pihak sekolah
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan / Institusi Pengajian Tinggi
  9. Satu salinan penyata akaun bank penerima manfaat

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dana ini, sila hubungi nombor +603 2717 2717 atau emel ke inspirasiku@yapeim.my.

Semakan Permohonan YaPEIM Fasa 1

Semakan permohonan Dana Inspirasiku YaPEIM boleh dibuat di laman web Rasmi pihak YaPEIM iaitu di www.yapeim.my mulai hari ini 16HB MAC 2020

Semakan permohonan Yapeim Fasa 1 - Permohonan Dan Semakan Yapeim Secara Online
Semakan permohonan Yapeim

Cara Semakan Bantuan YaPEIM

Untuk cara semakan bantuan dana ispirasiku YaPEIM anda hanya perlu melayari portal YaPEIM di http://eamal.yapeim.my/semakan/ kemudian ikuti arahan yang diberikan.

Kesimpulan Permohonan Dan Semakan YaPEIM Secara Online

Kami berharap dengan maklumat ringkas yang kami sampaikan ini dapat membantu meringankan beban anda dalam memberikan yang terbaik untuk menyediakan anak-anak ke alam persekolahan dan juga Institut Pengajian Tinggi.

Sebarkan maklumat ini untuk memudahkan urusan yang memerlukan.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH