Daftar MYFutureJobs PERKESO Online.
Kerajaan Malaysia telah melancarkan MYFutureJobs iaitu sebuah portal bagi membantu pencari kerja serta menyediakan padanan pekerjaan. Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerajaan juga telah mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Program ini disediakan khas buat mereka yang kehilangan pekerjaan kesan dari penularan Covid-19 di negara kita.
Anda berminat?
Kami ada segala informasi yang anda perlukan di Daftar MYFutureJobs PERKESO Online [Penjana Kerjaya].
Jom baca!
MYFutureJobs PERKESO
MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
Program ini bermula pada 15 Jun 2020. Ia melibatkan golongan pencari kerja dan juga majikan di mana insentif yang bermanfaat akan diberikan kepada majikan yang menyertai program ini.
Usaha ini adalah sebagai langkah memastikan penjanaan semula ekonomi negara yang terjejas baru-baru ini.
Daftar MYFutureJobs PERKESO Online [Penjana Kerjaya]
Berikut kami kongsikan cara daftar untuk dua kategori pengguna baru iaitu Pencari Kerja dan Majikan serta maklumat lain yang anda perlukan bagi yang berminat:
DAFTAR PENGGUNA BARU DI MYFutureJobs
PENCARI KERJA
Sila ikuti langkah berikut buat anda pengguna baharu:
- Sila layari portal rasmi di pautan yang kami sediakan ini: MYFutureJobs
- Selepas itu, sila klik pada ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Sila view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya butang tersebut tidak muncul)
- Anda akan lihat dalam paparan seterusnya, kemudian klik butang ‘Register’
- Masukkan emel anda dan cipta kata laluan sendiri. Selepas itu, klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal.
- Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari.
NOTA:
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pencari pekerja sila layari pautan berikut:
PANDUAN PENGGUNA PENCARI PEKERJA
MAJIKAN
Bagi majikan yang ingin mendaftar untuk mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendaftar:
- Sila layari portal rasmi di pautan yang kami sediakan ini: MYFutureJobs
- Kemudian klik pada ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, anda perlu klik pada ‘Register Here’
- Anda dikehendaki untuk mengisi butiran-butiran syarikat dan klik pada ‘Send For Approval’
- Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
NOTA:
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai majikan sila layari pautan berikut:
FAEDAH MYFUTUREJOBS PERKESO [PENJANA KERJAYA]
Untuk makluman anda, mulai 1 Julai 2020 majikan boleh:
- Memilih nama pekerja yang berjaya diambil bekerja di bawah program ini menerusi pautan di atas bagi mendapatkan kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar ketika bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar berserta dengan elaun mobiliti
- Majikan juga boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja yang mereka ambil menerusi program ini.
- Insentif akan diterima sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi oleh majikan. Berikut adalah insentif yang disediakan kerajaan bagi majikan yang mendaftar di bawah PenjanaKerjaya:
PAKEJ INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA PENJANA KERJAYA
- Perantis: RM600/bulan (6 bulan)
- 40 tahun dan ke bawah: RM800/bulan (6 bulan)
- 40 tahun dan ke atas/OKU: RM1000/bulan (6 bulan)
Maklumat Lanjut Daftar MYFutureJobs PERKESO Online
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang masalah mengenai MYFuturejobs, Pusat Hotline PERKESO Putrajaya telah dijadikan sebagai talian khas Bilik Gerakan Penjana Kerjaya. Anda boleh hubungi:
- Talian hotline: 03-8091 5300 (Beroperasi dari Isnin ke Ahad, 8.30 a.m. – 5.00 p.m.)
- Emel: penjanakerjaya@perkeso.gov.my
- Panduan Pengguna
- Soalan Lazim
- Portal Rasmi PERKESO
Kesimpulan Daftar MYFutureJobs PERKESO Online
Semoga artikel ini dapat membantu anda yang kehilangan pekerjaan untuk terus berusaha memulihkan semula situasi anda. Kongsi-kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang memerlukan
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH