Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) 2020 Dalam & Luar Negara

Permohonan Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) 2020 Dalam & Luar Negara

Permohonan Bantuan Zakat IPT.

Berita baik buat anak jati Terengganu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti samada di dalam dan luar negara!

Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) telah pun dibuka!

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) 2020 Dalam & Luar Negara kami sediakan khas buat mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan namun bercita-cita ingin menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.

Jom baca!

RRR - Permohonan Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) 2020 Dalam & Luar Negara

Permohonan Bantuan Zakat IPT (MAIDAM) 2020

Untuk makluman anda, objektif utama pemberian Bantuan Zakat IPT MAIDAM 2020 kepada pelajar IPT dalam dan luar negara adalah untuk:

  • Menyediakan bantuan kepada anak Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian mereka di IPT sama di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa yang terpaksa menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu untuk menggalakkan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa maklumat lain untuk anda:

SYARAT-SYARAT UMUM & KHAS PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT (MAIDAM)

Berikut kami kongsikan syarat-syarat umum dan syarat-syarat khas bantuan zakat MAIDAM:

SYARAT-SYARAT UMUM BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM

  1. Pemohon bergama Islam, berakal, dan merdeka.
  2. Pemohon merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  3. Pemohon masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester. Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pengajian daripada tarikh menghantar borang permohonan ke pejabat.
  4. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan yang melalaikan.
  5. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-manaibu dan bapa tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

SYARAT-SYARAT KHUSUS BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM (PENUNTUT DALAM NEGARA)

  1. Memiliki Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing.
  2. Mendapat pointer CGPA 3.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT berkenaan.
  3. Pelajar diploma dan ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja. Pelajar perlu wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
  4. Pelajar Master/PHD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/dermasiswa/biasiswa/MyBrain/MyPhD/tidak bekerja. Pelajar wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
Baca Juga :  Cara Update Status MySejahtera: Positif/Kontak Rapat

SYARAT-SYARAT KHAS BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM (PENUNTUT LUAR NEGARA)

  1. Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
  2. Pelajar perlulah tidak menerima mana-mana pinjaman/pembiayaan/dermasiswa/biasiswa/tidak bekerja.
  3. Pelajar perlulah mempunyai keputusan peperiksaan keseluruhan semester/tahun pengajian.

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM

Permohonan Dibuka: 1 OGOS 2020

Permohonan Ditutup: 31 OGOS 2020

CARA-CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM

Bagi mereka yang melepasi semua syarat-syarat umum dan khas di atas, anda boleh mula membuat permohonan mengikut cara yang disediakan di bawah:

  1. Layari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Klik butang ‘Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara’ untuk permohonan kali pertama. Bagi yang telah memohon sebelum ini, sila klik butang ‘Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.’
  3. Klik ‘Borang Permohonan’ di bahagian paling bawah.
  4. Masukkan no kad pengenalan.
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  6. Setelah lengkap mengisi semua maklumat, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  7. Kemudian cetak borang permohonan tersebut.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke Pejabat Urusan Zakat Daerah masing-masing atau Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT) MAIDAM Kuala Terengganu.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

Dokumen yang perlu disertakan ialah:

  • Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak HEP IPT masing-masing atau daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia bagi pelajar IPT luar negara.
  • Keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT bagi pelajar dalam negara dan keputusan peperiksaan keseluruhan bagi pelajar IPT luar negara.
  • Surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga dan adik-beradik bawah tanggungan.
  • Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.
  • Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.
  • Pengesahan bermastautin di Terengganu
  • Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).
  • Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Zakat IPT

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh kemukakan dengan cara menghubungi pusat urusan zakat dan daerah berikut:

  • Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi (UPPT): 09-622 3500
  • Kuala Terengganu (Ibu Pejabat): 09-630 3030
  • Dungun: 09-845 2810
  • Marang: 09-618 3317
  • Kuala Nerus: 09-662 2488
  • Besut: 09-697 5323
  • Setiu: 09-609 0307
  • Hulu Terengganu: 09-681 7809
  • Kemaman: 09-859 4545
  • Kerteh: 09-826 6463

Kesimpulan

Pemberitahuan berharap artikel ini dapat meringankan beban para pelajar yang datang daripada golongan B40 dan yang memerlukan. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH