Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Bantuan IPT MAIWP 2021 (Bantuan AM Pelajar IPT)

Permohonan Bantuan IPT MAIWP 2021 (Bantuan AM Pelajar IPT)

Permohonan Bantuan IPT MAIWP.

Bantuan ini khas buat pelaja-pelajar IPT yang ingin membuat persiapan untuk kembali ke universiti bagi meringankan beban mereka.

Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan bantuan IPT MAIWP ini?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Bantuan IPT MAIWP 2021 (Bantuan AM Pelajar IPT) kami bawakan khas untuk para pelajar yang benar-benar memerlukan sebagai rujukan.

Jom baca artikel kami!

Bantuan AM Pelajar IPT MAIWP

Untuk makluman anda, mereka yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab adalah antara mereka yang layak memohon bantuan pelbagai Skim Bantuan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

sambung belajar 2 - Permohonan Bantuan IPT MAIWP 2021 (Bantuan AM Pelajar IPT)

JENIS-JENIS BANTUAN MAIWP

  1. Bantuan Pembangunan Asnaf
  2. Bantuan Tempat Tinggal bagi mereka yang memerlukan deposit untuk menyewa rumah.
  3. Bantuan Pendidikan bagi mereka yang ingin membuat persedian ke sekolah.
  4. Bantuan Berdikari bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.
  5. Bantuan pembangunan ummah yang disediakan kepada Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan.

Untuk bantuan am pelajar IPT ini, mereka yang ingin membuat persiapan untuk melangkah ke universiti boleh membuat permohonan sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelayakan di bawah:

Permohonan Bantuan IPT MAIWP 2021 (Bantuan AM Pelajar IPT)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat dua syarat kelayakan iaitu SYARAT UMUM dan juga SYARAT KHAS:

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah ( Semak kalkulator kelayakan anda pada pautan: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1)
  4. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

SYARAT-SYARAT KHAS

  1. Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
  2. Peringkat pengajian Sijil sehingga PhD
  3. Pengajian Sepenuh Masa / Separuh Masa
  4. Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
  5. Bagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahan
  6. Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)
Baca Juga :  Cara Memohon & Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

CARA PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIWP 2021

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan permohonan di atas anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:

  1. Anda perlu memuat turun BORANG PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIWP dan lenkapkan semua details yang diperlukan.

DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN?

  1. Borang permohonan (MUAT TURUN SEPERTI DI ATAS)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
  • Pemohon
  • Suami
  • Isteri
  • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
    [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  1. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
  • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  1. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  2. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  3. Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL
  4. Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)
  5. Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)
  6. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi:

  1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,Aras G,1,20,22,Bangunan PERKIM No. 150,Jalan Ipoh, 51200Kuala Lumpur
  2. Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain untuk kita sama-sama memanfaatkannya.

Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM dan sama-samalah kita bekerjasama memutuskan rantaian Covid-19 negara.

TERIMA KASIH