Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021

Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021

Permohonan Program Subsidi Upah 3.0

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pada 18 Januari 2021 Program Subsidi Upah (PSU 3.0) di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Perlaksanaan PSU 3.0 ini ditambah baik lagi di bawah Pakej PERMAI bagi membantu rakyat khususnya sektor yang berkaitan meringankan beban mereka.

Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan PSU 3.0 ini?

Jangan risau, Pemberitahuan hari ini dengan artikel Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online untuk menjadi bahan rujukan anda yang ingin membuat permohonan.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Apa Itu Program Subsidi Upah 3.0?

Untuk makluman anda, matlamat PSU 3.0 ini dilaksanakan adalah untuk menyokong kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKP yang menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis.

PSU 3.0 PERMAI ini juga telah ditambah baik apabila sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini meliputi semua sektor yang terkesan oleh Pandemik Covid-19 ini.

KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Kadar bayaran yang diberikan melalui PSU 3.0 ini adalah sebanyak sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

TEMPOH PERMOHONAN PSU 3.0

  • Permohonan dibuka: 19 Januari 2021
  • Permohonan ditutup: 30 Jun 2021

NOTA:

Tempoh pelaksanaan PSU 3.0 PERMAI adalah selama 1 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021.

TAHUKAH ANDA PSU3.0 3 SMALL - Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021

Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan maklumat-maklumat lain buat rujukan mudah anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
  4. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.
  5. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
  6. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.
Baca Juga :  Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN SUBSIDI UPAH 3.0?

Senarai majikan dan pemohon yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  3. Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  4. Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
  5. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  6. Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  7. Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive).
  8. Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
  9. Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  10. Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO

TAHUKAH ANDA PSU3.0 5 SMALL - Permohonan Program Subsidi Upah 3.0 Online 2021

CARA PERMOHONAN SUBSIDI UPAH 3.0 ONLINE

Nak buat permohonan mudah sahaja, ikuti cara-cara seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Subsidi Upah 3.0 ini anda boleh hubungi sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Semoga artikel ini dapat membantu meringankan beban majikan dan pekerja di dalam waktu PKP ini. Kongsikan manfaat artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda