Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Dan Semakan PraSekolah KPM 2021

Permohonan Dan Semakan PraSekolah KPM 2021

Permohonan dan Semakan PraSekolah KPM 2021. Adakah anda sebagai ibu bapa tahu bilakah Tarikh Permohonan dan semakan PraSekolah KPM 2021? Artikel panduan ini khas untuk para ibu bapa dan juga penjaga yang sudah membuat permohonan pendaftaran kemasukan anda mereka ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Merujuk kepada sumber daripada portal rasmi e-Prasekolah, Permohonan PraSekolah KPM 2021 dapat dibuat dengan cara online dan juga manual (datang sendiri ke sekolah).

Permohonan PraSekolah KPM 2021

Bagi panduan dan peringatan kepada para ibu bapa dan penjaga, berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan Prasekolah KPM bagi tahun 2021. Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2020 Hingga 30 April 2020.

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2021 Online

Untuk semakan keputusan permohonan Prasekolah KPM 2021, Pihak kami mendapat maklumat dari manual permohonan pemohon, ibu bapa dan juga penjaga boleh mendapat tahu mengenai status permohonan ke Prasekolah KPM 2021 melalui dua kaedah iaitu:

  1. Semakan Keputusan PraSekolah 2021 Online

Keputusan boleh disemak menggunakan laman web e-Prasekolah bermula (akan di kemaskini) di pautan di bawah:

Bagimanapun, tarikh yang telah dinyatakan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

  1. Semakan Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon

Untuk anda yang ingin menyemak secara “walk-in” di sekolah yang dimohon, anda boleh berbuat demikian pada (akan dikemaskini). Jangan lupa untuk melaporkan diri dahulu di pondok pengawal sebelum berurusan di pejabat sekolah nanti.

Baca Juga :  Info Ringkas Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2021

Bagi anda yang tidak berjaya dalam permohonan ke prasekolah 2021, anda boleh membuat rayuan dengan cara berikut:

  • a. Untuk permohonan yang tidak lulus / tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui laman sesawang di bawah:

https://eprasekolah.moe.gov.my
Rayuan perlu dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan rasmi penempatan prasekolah diumumkan.

  • b. Bagi ibu bapa / penjaga yang telah membuat permohonan secara manual, anda boleh membuat rayuan di sekolah yang dipohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mana-mana negeri yang tidak ada PPD / PPW

Cara Membuat Semakan Rayuan Prasekolah 2021

  • Dengan menggunakan laman sesawang, anda boleh membuat rayuan semakan di pautan di ini, https://eprasekolah.moe.gov.my bermula pada (akan dikemaskini).
  • Bagi rayuan manual pula, anda boleh terus ke sekolah yang anda pilih untuk membuat semakan. Selain itu juga, para ibu bapa dan penjaga akan diberitahu oleh pihak sekolah sekiranya rayuan anda berjaya untuk kemasukan ke prasekolah KPM 2021.

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2021

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.

 

Bantuan Helpdesk Prasekolah KPM 2021

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh terus menghubungi:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
    Atau
  • Terus mengemukakan terus sebarang pertanyaan melalui emel di eprasekolah@moe.gov.my

KESIMPULAN

Kongsikan maklumat mengenai Permohonan Dan Semakan PraSekolah KPM 2021 ini kepada keluarga, saudara mara atau rakan-rakan anda. Kami berharap agar artikel kami pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan persoalan-persoalan anda.Sekian sahaja maklumat mengenai Permohonan dan Semakan PraSekolah KPM 2021 daripada kami, Pihak kami mengucapkan selamat maju jaya.