Permohonan Rumah SJKP dan permohonan secara Online
Untuk pengetahuan anda, Walaupun gaji bersih RM1,000.00 anda layak untuk untuk membeli rumah anda sendiei di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Mari Pemberitahuan bantu anda untuk memahami secara menyeluruh mengenai skim ini.
Permohonan Rumah SJKP merangkumi segala maklumat asas yang perlu anda ketahui mengenai skim ini. Seperti cara memohon, syarat permohonan segalanya akan kami kupaskan di sini.
Jom teruskan membaca
Isi Kandungan
Mengenai SJKP
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) telah mencapai persetujuan dengan institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam menyediakan pembiayaan perumahan yang akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon yang layak.
Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.
Mereka yang berminat untuk memohon skim ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai SJKP.
Institusi Kewangan
Institusi-institusi kewangan yang menyertai SJKP Bhd:
Syarat Kelayakan
|
Terma dan Syarat Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan | : | Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT) |
Jenis Pembiayaan | : | Pembiayaan Berjangka sahaja |
Tempoh | : | Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu |
Kadar Faedah | : | Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman |
MRTA / MRTT | : | Wajib |
Lain-lain | : | Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan |
Proses Permohonan
Bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat oleh peminjam bagi mendapatkan pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini?
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
-
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau “klik di sini“.
Kesimpulan
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) telah membantu merealisasikan impian ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rumah. Mohonlah di mana – mana cawangan institusi – institusi kewangan yang menyertai Jaminan ini dan jadikan impian anda satu kenyataan.
kami di Pemberitahuan mengucapkan Selamat berjaya kepada mereka yang mereka yang ingin mencuba mendapatkan skim Skim Perumahan SJKP ini.
TERIMA KASIH