Program SAVE 2.0.
Daftar & tebus voucher sebanyak RM200 dengan setiap pembelian penghawa dingin dan peti sejuk di Shopee!
Eh banyak tu, macam mana nak daftar ni?
Anda berminat? Inginkan maklumat lanjut?
Baca artikel kami di Pemberitahuan hari ini Program SAVE 2.0: Daftar & Tebus Voucher RM200 Di Shopee sebagai rujukan untuk anda mendapatkan peluang yang hebat ini.
Jom!
Isi Kandungan
Apa Itu Program SAVE 2.0?
Program SAVE 2.0 adalah program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama di antara Suruhanjaya Tenaga dan Shopee.
Untuk makluman anda, sekiranya anda mendaftar program ini di Shopee, anda boleh mendapatkan voucher sebanyak RM200 untuk setiap pembelian penghawa dingin atau peti sejuk di Shopee.
Menarik bukan?
Program SAVE 2.0 ini telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan dimana kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.
TUJUAN PELAKSANAAN
- Meningkatkan kesedaran orang awam bagi membeli kelengkapan elektrik yang cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran.
Program SAVE 2.0: Daftar & Tebus Voucher RM200 Di Shopee
Bagi mereka yang berminat berikut kami kongsikan untuk anda syarat kelayakan pendaftaran, cara-cara untuk mendaftar dan sebagainya:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Anda perlu memenuhi syarat-syarat di bawah terlebih dahulu sebelum ingin membuat pendaftaran:
- Pemohon mesti berstatus warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
- 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa cepat dia yang dapat)
- e-Rebat yang diberi digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
CARA DAFTAR PROGRAM SAVE 2.0
Sekiranya anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh terus mendaftar dengan cara:
- Anda perlu klik di SHOPEE: PROGRAM SAVE 2.0
- Kemudian klik pada https://shopee.com.my/m/program-save dan anda akan menerima paparan seperti di bawah:
- Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi (Bil Elektrik,Kad Pengenalan,Nama Penuh)
- Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
- Klik Butang ‘Submit’.
- Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.
Kesimpulan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini anda boleh terus layari https://shopee.com.my/m/program-save
Rebut peluang untuk mendapatkan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian yang di tawarkan di Shopee ini. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa menjaga SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama membantu memutuskan rantaian Covid-19 dan membebaskan negara daripada penularan pandemik yang mengancam nyawa ini.
TERIMA KASIH.