Pemberitahuan » Panduan » Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020

Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020

Semakan KWSP Dengan IC

Anda selalu menghadapi masalah terlupa no ahli KWSP anda?

Anda ingin tahu jalan mudah untuk masalah anda?

Kini anda boleh membuat semakan KWSP dengan hanya menggunakan nombor KWSP anda.

Bagaimana?

Artikel kami hari ini Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020 memberikan anda panduan yang mudah dan ringkas.

Jom teruskan bersama kami!

Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020

Berikut kami maklumat berkenaan semakan KWSP melalui i-Akaun KWSP, Kiosk EPF dan EPF CMC:

SEMAKAN NO AHLI KWSP MELALUI i-AKAUN

NOTA: Anda perlu mendaftar dahulu dimana-mana cawangan KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan akses ke i-Akaun KWSP

  1. Antara dokumen dan maklumat yang perlu dibawa adalah kad pengenalan dan maklumat tentang nombor ahli KWSP
  2. Sila ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pendaftaran i-Akaun.
  3. Selepas pendaftaran, ahli akan diberi kata laluan sementara melalui SMS bagi tujuan pengaktifan i-Akaun.
  4. Kemudian sila layari KWSP: MEMBER LOGIN
  5. Masukan nombor ahli pada ruangan ID pengguna dan masukan kata laluan yang diterima melalui SMS dan Klik LOG MASUK
  6. Anda akan diarah untuk menukar id pengguna kata laluan,imej online,frasa keselamatan yang baru.Sila ikuti proses ini sehingga selesai
  7. Anda telah berjaya log masuk i-AKAUN KWSP dan boleh semak baki dan membuat urusan pengeluaran.

Semak KWSP Melalui IC - Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020

SEMAKAN NO AHLI KWSP DI KIOSK KWSP

Untuk membuat semakan di kiosk KWSP anda perlu ke kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk membuat semakan nombor ahli KWSP.

Baca Juga :  Cara Memohon Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) RM100 Sehari

SEMAKAN NO AHLI KWSP DI EPF CMC

  1. Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000.
  2. Sila maklumkan masalah anda berkaitan “terlupa nombor ahli KWSP”
  3. Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk proses verifikasi
  4. Jika anda berjaya menjawab dengan betul,pihak EPF CMC  akan memberikan nombor KWSP anda

Maklumat Lanjut Semakan KWSP Dengan IC

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari nombor ahli KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

  1. Telefon: 03-8922 6000
  2. Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  3. Laman Portal Rasmi KWSP

Kesimpulan

Semoga artikel kami ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat semakan berkaitan KWSP terutama sekali i-Akaun yang melibatkan pengeluaran akaun 1 dan 2.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM bagi kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.

TERIMA KASIH