Pemberitahuan » Panduan » Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online

Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online

Semakan Pendaftaran Tahun 1.

Ibu bapa yang terlibat dengan pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2022/2023 kini boleh membuat semakan tahun 1 dan pengesahan penempatan secara online.

Bagaimana?

Ikuti panduan yang kami sediakan khas buat anda di dalam entri hari ini Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online.

Semua maklumat yang anda cari ada disini.

Jom baca!

Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online

Makluman buat ibu bapa yang terlibat, keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2022 di sistem SPATKPM kini dibuka sehingga 20 Februari 2022.

Semakan online memudahkan urusan ibu bapa untuk mencetak surat penempatan untuk tujuan pendaftaran.

Screenshot 2022 02 14 at 16 08 31 SPS Sistem Pengurusan Sekolah - Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Online

CARA SEMAK PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023 ONLINE

  1. Pengguna perlu layari PORTAL RASMI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
  2. Kemudian ‘Log Masuk’ dan klik pada ‘Semakan Status Permohonan Tahun 1’
  3. Keputusan status permohonan murid tahun 1 akan dipaparkan.
  4. Untuk rujukan, anda boleh mencetak surat penempatan sekolah dan juga surat persetujuan kesihatan.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL IBU-BAPA

Selesai sahaja membuat semakan penempatan sekolah anak-anak, ibu bapa perlu menyelesaikan tatacara berikut:

PERAKUAN PENEMPATAN MURID
  • Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  • Untuk makluman, ibu bapa perlu TIDAK PERLU menghantar SURAT PENEMPATAN & DOKUMEN PENGESAHAN SEKOLAH ke sekolah. Tetapi, salinan tersebut masih perlu dicetak dan disimpan bagi tujuan kegunaan pendaftaran sekolah apabila diperlukan.
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghadapi masalah untuk membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023 ONLINE

Untuk makluman anda, permohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online melalui sistem. Tiada proses rayuan manual disediakan.

  • Sebelum membuat permohonan rayuan, ibu bapa perlu membuat perakuan online terlebih dahulu kerana butang ‘rayuan permohonan’ hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga selesai.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad dan ibu bapa/penjaga perlu membuat semakan sendiri di dalam sistem yang sama.
  • Keputusan rayuan perlu dicetak dan simpan bagi tujuan pendaftaran di sekolah bila diperlukan.
Baca Juga :  Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 Secara Online

CARA PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022 ONLINE

Sekirannya anak anda memenuhi syarat pendaftaran di atas, anda boleh terus membuat pendaftaran secara online seperti berikut:

  1. Pemohon  perlu layari: PORTAL RASMI SPATKPM
  2. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru’ kemudian klik pada ‘Daftar Pengguna’
  3. Klik ‘Daftar’ dan isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  4. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada ‘Tahun 1′ untuk pendaftaran tahun 1 sesi 2022.
  5. Klik lagi pada ‘Permohonan Baharu’ dan masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  6. Lengkapkan maklumat berikut dengan lengkap dan betul:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  7. Setelah selesai, klik pada ‘Simpan dan Seterusnya’
  8. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  9. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  10. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  11. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  12. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu di hantar sekali dengan borang permohonan:

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Maklumat Lanjut Semakan Pendaftaran Tahun 1

Jika anda mempunyai sebarang kekeliruan ataupun pertanyaan berkenaan dengan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH