Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online?
Kami pasti ramai lagi yang tertanya-tanya tentang konsep program subsidi upah ini. Bila dah buat permohonan macam mana nak tahu status permohonan diterima atau tidak?
Semuanya ada disini!
Teruskan membaca Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online artikel ini untuk panduan yang lebih lengkap!
Isi Kandungan
Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam adalah lebih baik sekiranya anda dapat memahami perbezaan di antara Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan juga Program Subsidi Upah (Wage Subsidy).
Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)
- ERP adalah bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM 600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji.
- Program ini adalah untuk membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19.
- Program ini telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/PERKESO kelak.
- Tempoh bantuan yang diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.
Program Subsidi Upah (Wage Subsidy)
- Program ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan ke atas setiap pekerja tempatan yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja (atau tertakluk kepada tempoh yang akan diumumkan kemudian jika ada)
- Jumlah subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 bagi setiap pekerja bergantung kepada saiz perusahaan majikan.
- Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan.
JENIS SYARIKAT YANG TERLIBAT
Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA 1-75
- Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA 76-100
- Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
SYARIKAT DENGAN JUMLAH PEKERJA MELEBIHI 200
- Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
- Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
MAJIKAN MESTILAH BERDAFTAR DI BAWAH SSM
- Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
- Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.
- Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
- Langkah ini adalah penting kepada ia dapat memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, yang hilang sumber pendapatan.
SEMAKAN SUBSIDI UPAH ONLINE
Berikut ialah langkah-langkah unbut buat semakan PSU.
- Layari https://psu.perkeso.gov.my
- Anda akan lihat PERMOHONAN BULAN PERTAMA dan SEMAKAN PERMOHONAN
- Klik ‘SEMAKAN PERMOHONAN’
- Masukkan Nombor Rujukan yang anda perolehi semasa buat pendaftaran
- Masukkan alamat E-Mel yang didaftar semasa membuat permohonan.
- Kemudian klik pada butang Cari
- Anda akan dapat melihat status permohonan PSU.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
- Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
- Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gajisedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
- Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.
GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK WAGE SUBSIDY
PERKESO telah memaklumkan bahawa program ini bukan untuk semua pekerja.
Berikut senarai mereka yang tidak layak menerima bantuan ini:
- Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum denganSIP PERKESO;
- Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERPpada bulan yang sama;
- Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
- Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
- Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasukfreelancers; dan
- Pekerja asing dan pegawai dagang.
PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan Penyata Bank sahaja)
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas (sila rujuk pihak bank)
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan
- Akuan Pengisytiharan PSU50
- Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan (bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR sahaja)
Permohonan boleh dilakukan bermula 9 April 2020 menerusi laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my
Permohonan hanya perlu dibuat sekali sehaja.
Bagi bulan-bulan seterusnya, majikan hanya perlu mengemaskini perubahan maklumat sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran subsidi akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.
Majikan perlu membayar gaji pekerja yang terlibat seperti biasa.
Jika pekerja tidak menerima gaji walaupun majikan menerima subsidi, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak PERKESO.
Maklumat Lanjut Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online
Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh:
- Layari portal rasmi PERKESO atau
- Rujuk soalan lazim (FAQ) ini
Kesimpulan Semakan Permohonan Program Subsidi Upah Online
Kami berharap perkongsian ini dapat membantu meringankan beban majikan yang layak untuk membuat permohonan Program Subsidi Gaji ini. Kongsikan artikel ini untuk membantu mereka yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!