Pemberitahuan » Terkini » Semakan Slip MUET Online & Permohonan Tukar Pusat MUET 2022

Semakan Slip MUET Online & Permohonan Tukar Pusat MUET 2022

Semakan Slip MUET Online

MAKLUMAN

SEMAKAN MUET/D DAN PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT UJIAN MUET SESI 1 TAHUN 2022

Semakan slip pendaftaran MUET kini boleh disemak secara online bermula 16 Februari 2022 jam 10.00 pagi.

Calon juga boleh membuat permohonan pertukaran tempat ujian MUET juga secara online.

Pemberitahuan berkongsikan panduan kepada calon-calon yang terlibat melalui entri kami hari ini Semakan Slip MUET Online & Permohonan Tukar Pusat MUET 2022.

Apa Itu Malaysian University English Test (MUET)

Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu cara untuk mengukur kemampuan berbahasa inggeris pelajar Malaysia.

Seluruh Universiti Awam (UA) dalam negara kita, mereka menggunakan keputusan ujian MUET sebagai salah satu syarat am kemasukan ke universiti. Pemohon yang menepati kelayakan minimum keputusan MUET serta menepati syarat yang lain layak untuk menyertai UA yang mereka inginkan jika terpilih.

Tanpa menidakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, pelajar perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris bermula daripada rumah.

Semakan Slip MUET Online & Permohonan Pertukaran Pusat MUET 2022

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan dan akan mengelola ujian MUET sebagai salah satu syarat kemasukan ke UA.

Bagi memudahkan calon, MPM akan menjalankan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun. Ini bertujuan agar calon dapat mempersiapkan diri sebelum menduduki ujian MUET. Pendaftaran ujian MUET ini boleh dilakukan secara atas talian (online).

SEMAKAN SLIP PENDAFTARAN MUET ONLINE

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan pendaftaran MUET secara online:

  1. Calon boleh klik pada:  MUET Registration Slip  dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda untuk membuat semakan
    • Screenshot 2022 02 16 at 12 19 43 MUET - Semakan Slip MUET Online & Permohonan Tukar Pusat MUET 2022
  2. Calon yang mengalami masalah seperti tiada maklumat dalam sistem, hendaklah terus berhubung dengan MPM dengan kadar segera
  3. Untuk calon sekolah atau institut, hendaklah berhubung dengan pengetua masing-masing
  4. Calon dikehendaki membuat cetakan slip pendaftaran dan membawanya ketika memasuki dewan peperiksaan.
Baca Juga :  Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020

PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT MUET SESI 1 2022

Untuk makluman calon, perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.

Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS MUET iaitu – Listening, Speaking, Reading, dan Writing

  • Calon boleh membuat permohonan secara online di: http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register
  • Tarikh permohonan pertukaran pusat ujian secara online ialah pada
    • 16 hingga 22 Februari 2022 bagi MUET Sesi 1 tahun 2022,
    • 10 hingga 17 Mei 2022 bagi MUET Sesi 2 tahun 2022,
    • 30 Ogos hingga 5 September 2022 bagi ujian MUET Sesi 3 tahun 2022
  • Yuran perpindaCalon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.han pertukaran pusat ujian MUET adalah sebanyak RM25.00 dan boleh dibayar melalui online banking.

RUJUK:

  1. PERPINDAHAN PUSAT UJIAN
  2. PANDUAN PENDAFTARAN CALON

CARA DAFTAR MUET SESI 1 2022 SECARA ONLINE

  1. Calon boleh layari: PORTAL RASMI MPM.EDU.MY
  2. Isi borang permohonan bermula dengan Negeri dan juga Pusat Pengambilan Exam MUET.

Screenshot 2021 12 15 at 14 11 50 REGISTRATION FORM Majlis Peperiksaan Malaysia - Semakan Slip MUET Online & Permohonan Tukar Pusat MUET 2022

  1. Kemudian isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan betul.
  2. Buat pembayaran online mengikut kos yang telah ditetapkan.

HARGA PIN MUET

Harga yuran pendaftaran MUET adalah seperti berikut:

  1. Calon Warganegara: RM100
  2. Calon Bukan Warganegara: RM350

SEMAKAN PENDAFTARAN MUET MELALUI SMS

Selain daripada semakan secara atas talian, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk pengetahuan, caj akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20.

Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Taip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

SEMAKAN MELALUI APPS STORE

Calon juga boleh muat turun secara percuma melalui apps store dan itunes. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat berkaitan MUET bagi sesi semasa.

Dibawah kami berikan link untuk rujukan lebih lanjut mengenai semakan melalui Apps Store:

Kesimpulan Semakan Slip MUET Online

Diharapkan maklumat yang kami berikan ini dapat membantu para pelajar di luar sana yang merancang untuk mengambil peperiksaan MUET ini pada tahun hadapan.

Segala persiapan rapi kami yakin dapat anda sediakan sekiranya anda merancang daripada awal.

Selamat berjaya kami berjaya kami ucapkan kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan ini.

GOOD LUCK!