Skip to content
Portal Semakan Permohonan Online Malaysia
MENU
  • MENGENAI KAMI
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
  • SITEMAP
Pemberitahuan / Informasi / SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status
SPA9 Login 2020 Online

SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status

October 7, 2020by Liyana Sorfina

SPA9 Login 2020 Online.

Pendaftaran & semakan status permohonan kini boleh disemak di SPA9. Bagaimana?

Pemberitahuan hari ini dengan artikel SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status menyediakan anda panduan mudah buat mereka yang terlibat.

Jom baca!

Pautan Pantas

  • 1 SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status
    • 1.1 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SPA9 Login 2020 Online
    • 1.2 DAFTAR PERMOHONAN BAHARU & SEMAKAN STATUS SPA9
  • 2 Maklumat Lanjut SPA9 Login 2020 Online

SPA9 Login 2020 Online: Daftar & Semakan Status

Untuk makluman, mulai 28 September, setiap permohonan kerja kerajaan perlu melalui sistem terbaru SPA9 yang akan menggantikan SPA8i sebelum ini.

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

  • Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
  • Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi

SPA9 merupakan sistem pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang boleh diakses melalui laman web spa9 yang baru.

SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SPA9 Login 2020 Online

Setiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar “one step lower” iaitu:

  • Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  • Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan
Baca Juga :  Permohonan BSN Micro i-Kredit Prihatin

NOTA:

  1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.
  2. Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.
  3. Sekiranya tidak memenuhi syarat / kriteria yang dinyatakan, SPA berhak untuk membatalkan permohonan anda.
  4. Anda juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang digunakan betul dah senang untuk dihubungi terutama ketika penggilan peperiksaan / temuduga dan sebagainya.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

DAFTAR PERMOHONAN BAHARU & SEMAKAN STATUS SPA9

Untuk membuat permohonan baru, semakan status, dan login masuk anda perlu layari laman web yang kami sediakan di bawah:

  1. Semakan Status: https://spa9.spa.gov.my
  2. Pendaftaran Baru: https://spa9.spa.gov.my/register
  3. Login Masuk: https://spa9.spa.gov.my/login

SPA Login 2020 Online

Maklumat Lanjut SPA9 Login 2020 Online

  • Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan: https://aduan.spa.gov.my

Semoga artikel kami ini dapat membantu memudahkan urusan anda di laman portal baharu SPA9. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan

  • Share
  • Sharer
  • Tweet
  • WA

Related posts:

  • iSinar KWSP
    Permohonan iSinar KWSP Online
  • Semakan MyCTOS Online Percuma
    Semakan MyCTOS Online Percuma Dengan Mudah 2020
  • Cara Daftar i-Akaun KWSP di Kiosk/Email/Bank 2020
  • Semakan Dividen Bonus ASB ASN 2020
Posted in InformasiTagged Permohonan SPA 2020, SPA Login Masuk, SPA Login Masuk 2020

Post navigation

Previous post Cara Renew Lesen Memandu/MyKad & Passport Online 2020
Next post Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional 2020

Permohonan Dan Semakan

© 2020 pemberitahuan.com
Enable Notifications    OK No thanks