Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional 2020

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional 2020

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN.

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat permohonan penangguhan bayaran balik pembiayaan TEKUN Nasional? Macam mana nak buat permohonan tu?

Anda berminat?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional 2020 kami bawakan khas untuk membantu golongan usahawan yang memerlukan.

Jom baca!

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN 2020

Wabak Covid-19 yang terus menular di Malaysia memberi kesan yang besar terhadap usahawan di Malaysia dan memandang isu ini sebagai isu yang membebankan usahawan TEKUN Nasional mengambil untuk membantu meringankan beban dengan menawarkan penangguhan bayaran balik kepada para usahawan selama 3 bulan lagi iaitu pada bulan September hingga November 2020.

Penangguhan bayaran balik pembiayaan selama 6 bulan sebelum ini dari Mac ke Ogos 2020 dilanjutkan lagi sebagai inisiatif para usahawan di Malaysia.

Bagaimana cara untuk anda membuat permohonan penangguhan bayaran balik ini?

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penangguhan bayaran balik, cara-cara permohonan buat rujukan mereka yang berminat:

SYARAT KELAYAKAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK TEKUN

  1. Usahawan yang masih dalam tempoh pembiayaan
  2. Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 6 bulan pada 29 Februari 2020.

CARA PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK TEKUN

Usahawan yang melepasi syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan seperti yang disediakan di bawah:

  1. Pergi ke pejabat TEKUN cawangan yang terdekat: SENARAI CAWANGAN PEJABAT TEKUN
  2. Dapatkan Borang JPBB/BORANG/13
  3. Lengkapkan borang tersebut dengan betul dan tepat.
  4. Serahkan semula borang tersebut ke pejabat TEKUN cawangan berhampiran.

Perlu diingatkan bahawa TEKUN Nasional tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga untuk proses penambahan penangguhan ini.

Baca Juga :  Semakan CCRIS Online dan Manual Melalui Bank Negara 2020

NOTA:

Untuk makluman anda, semua cek tertunda atau post dated cheque sepanjang tempoh tambahan ini akan ditangguhkan.

Cek ini akan ditunaikan mengikut urutan bermula Disember 2020 seperti jadual di bawah:

tekun nasional e1601952098213 - Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional 2020

 

Soalan Lazim (Q&A)

Bolehkan saya memohon tambahan penangguhan ini bersekali dengan penjadualan semula?

Boleh. Usahawan boleh memohon penangguhan ini bersekali dengan penjadualan semula pembiayaan dengan melengkapkan Borang JPBB/BORANG/13. Walau bagaimanapun, usahawan yang telah menjadualkan semula pembiayaan menerusi PS 2.0 tidak boleh lagi menjadualkan lagi pembiayaan mereka.

Adakah semua produk pembiayaan TEKUN boleh memohon tambahan penangguhan ini?

Semua produk pembiayaan layak memohon kecuali Kontrak-i, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaa Mikro-COVID (CBRM), semua Skim Mobilepreneur dan Skim Pemulihan Perniagaa Tekun (TBRS).

Bolehkah saya meneruskan pembayaran seperti biasa sepanjang tempoh tambahan penangguhan ini?

Boleh. Usahawan boleh meneruskan pembayaran menerui Aplikasi TEKUN Pay (mobile apps), perbankan internet, CDM, dan saluran pembayaran TEKUN yang lain.

Adakah rekod pembayaran balik saya terjejas dengan penangguhan ini?

Tidak. Rekod pembayaran balik usahawa tidak terjejas dengan penangguhan ini.

Adakah saya dikenakan sebarang caj kerana tambahan penangguhan ini?

Tiada sebarang caj dikenakan sepanjang tambahan penangguhan ini.

Apakah yang saya perlu buat selepas berakhirnya tempoh 3 bulan tambahan penangguhan tersebut?

Setelah tamat penangguhan, pembayaran balik pembiayaan perlu dibuat seperti biasa mulai Disember 2020.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai penangguhan bayaran balik TEKUN ini boleh dibuat melalui laman web berikut: https://fems.tekun.gov.my/

Semoga artikel kami ini dapat membantu para usahawan yang terkesan dengan penularan Covid-19 yang melanda Negara. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH