Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP

Permohonan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM22.15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Untuk Makluman bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Peruntukan khas MAIWP COVID 19 - Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP

Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Objektif bantuan zakat ini adalah, Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my. MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah memohon bantuan itu secara WhatsApp melalui talian hotline yang disediakan sebelum ini supaya tidak lagi mengisi borang secara dalam talian berkenaan.”Ini bagi mengelakkan pertindihan maklumat, yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Zakat Kecemasan MAIWP - Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan Covid-19 MAIWP

SOALAN LAZIM BANTUAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP : COVID-19

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Apakah Skim Bantuan Zakat Yang Boleh Dipohon Dalam Tempoh PKP Ini? ” answer-0=”Zakat Yang Boleh Dipohon Dalam Tempoh PKP Ini adalah Skim Bantuan Kecemasan. ” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Berapakah Jumlah Bantuan? ” answer-1=”Jumlah Bantuan tertakluk kepada keperluan dengan jumlah isi rumah diambil kira. ” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Apakah Syarat Kelayakan?” answer-2=”Syarat kelayakan adalah pemohon hendaklah Menetap di Wilayah Persekutuan dan terputus perbelanjaan kerana tidak ada sumber pendapatan akibat PKP. ” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”Saya Merupakan Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP. Adakah Saya Layak Memohon Bantuan Kecemasan Ini?” answer-3=”Anda tidak layak kerana anda telah terima bantuan bulanan yang telah diawalkan pada 19 Mac lalu dan bantuan tambahan zakat khas RM500 yang akan disalurkan mulai 1 April ini. Selain itu bantuan bulanan bagi bulan April juga akan disalurkan seperti biasa pada 25 April nanti.” image-3=”” count=”4″ html=”true” css_class=””]

Baca Juga :  Lupa Kata Laluan Wifi: 3 Cara Dapatkan Semula Password Wifi

Kesimpulan

Kami berharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Kongsikan artikel ini pada keluarga dan rakan anda yang menetap di Wilayah Persekutuan dan terputus perbelanjaan kerana tidak ada sumber pendapatan akibat PKP.