Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

Anda masih keliru? Nak tahu apa sebenarnya PENJANA dan bagaimana ianya mempengaruhi ekonomi negara dan membantu rakyat?

Artikel Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)? mampu menjawab segala persoalan anda di atas. Kami rangkumkan segala maklumat yang anda perlukan di sini.

Jom teruskan membaca!

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Untuk makluman anda, Tan Sri Muhyidin Yassin  telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu semula ekonomi negara untuk membangun dengan stabil.

Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA)  telah diperkenalkan dengan tema Bersama Menjana Ekonomi. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasuk yang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion

Kerajaan amat menjaga kebajikan setiap masyarakat dan terdahulu dengan Pakej Prihatin dan kini dengan Pelan PENJANA lebih banyak golongan yang memerlukan akan menerima bantuan.

Tiga teras utama PENJANA adalah:

  • Memperkasakan Rakyat
  • Melonjakkan Perniagaan
  • Merangsang Ekonomi

obj22819740 1591364381 - Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

Berikut kami kongsikan pada anda 3 teras utama dan inisiatif yang terkandung di dalam Skim Penjana ini:

MEMPERKASAKAN RAKYAT

Kerajaan mensasarkan untuk melindungi pekerjaan dan meningkatkan kemahiran, disamping memastikan rakyat mampu berdikari.

Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan dalam teras pertama ini:

  • Pelanjutan Program Subsidi Upah kepada tiga bulan lagi dengan kadar subsidi RM600.
  • Menaik taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara.
  • Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan yang berjumlah RM1.5 bilion di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan apabila menggaji penganggur (jumlah bergantung kepada umur) diberikan selama 6 bulan.
  • Bantuan one-off sebanyak RM300 kepada golongan OKU dan ibu tunggal. Geran kepada NGO yang membantu golongan terbabit juga akan diberikan.

EZwUwAtU4AA8Pvt - Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)?

  • Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan program latihan dan kemahiran bagi golongan belia dan penganggur.
  • Pelindungan Sosial dan Latihan bagi pekerja ekonomi gig diwujudkan dengan geran berjumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan dan RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW).
  • Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel bagi menggalakkan pengaturan kerja dari rumah dengan dana sebanyak RM800 juta.
  • Subsidi Penjagaan Anak melalui pemberian eBaucar sebanyak RM800 untuk mendapatkan pengasuh mobil dan pemberian geran secara one-off sehingga RM5,000 untuk pengendali taska.
  • Pas perjalanan pengagkutan awam tanpa had MY30 sebanyak RM30 sebulan.
  • Penambahan peruntukan untuk Skim Kesihatan Peka B40 sebanyak RM50 juta.
  • Pemberian Internet percuma setiap hari pada kadar 1GB dari 8 pagi sehingga 6 petang.

MELONJAKKAN PERNIAGAAN

Teras kedua pelan jana semula ekonomi ini dilaksanakan bagi meningkatkan semula produktiviti industri perniagaan dan pekerja yang dan secara automatiknya mampu membangunkan semula ekonomi negara.

Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam teras kedua ini ialah:

  • Menggalakkan penyertaan perusahaan mikro dan PKS dalam aktiviti e-dagang
  • Shop Malaysia Online diwujudkan bagi menggalakkan produk peruncit tempatan beroperasi secara atas talian.
  • Geran sebanyak RM700 juta bagi menggalakkan pendigitalan operasi oleh PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan (MTC).
  • Pusat Sehenti MyAssist SME diwujudkan bagi menyediakan bimbingan perniagaan dalam talian.
  • Pembiayaan PKS PENJANA sehingga RM500,000 setiap syarikat PKS.
  • RM1 bilion pembiayaan pelancongan PENJANA bagi membantu sektor pelancongan.
  • Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA dengan pinjaman sehingga RM50,000.
  • Pembiayaan Mudah Bumiputera berjumlah RM200 juta kepada perniagaan bumiputera dan pinjaman modal kerja berjumlah RM300 juta untuk membantu para usahawan.
  • Skim SME-Go bagi membantu aliran tunai PKS berjumlah RM1.6 bilion.
  • Mempercepat proses pembayaran untuk rangkaian bekalan GLC dan syarikat korporat.
  • Potongan cukai untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19.
  • Sokongan untuk meringankan beban kewangan perniagaan melalui pemberian remisi penalti sebanyak 50%, pelanjutan pemberian potongan cukai khas, pelanjutan elaun bagi modal dipercepatkan.
  • Menyediakan geran padanan melalui Malaysian Global Innovation & Creativity (MaGIC) berjumlah RM10 juta.
  • Rebat cukai pendapatan RM20,000 setahun selama 3 tahun dan pengecualian duti setem sehingga 30 Jun 2021.
Baca Juga :  Permohonan Skim Air Selangor 2021: Skim Air Darul Ehsan

MERANGSANG EKONOMI

Untuk teras yang ketiga pelan jana semula ekonomi ini, kerajaan berhasrat untuk menyediakan sokongan sektoral dan sistemik bagi membantu beberapa sektor ekonomi yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Langkah-langkah yang diumumkan di dalam teras ketiga ini adalah seperti berikut:

  • Kempen Pemilikan Rumah (HOC) akan diperkenalkan semula dengan pengecualian duti setem bagi rumah bernilai RM300,000 – RM2.5juta dan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) sehingga 31 Disember 2021. Had pembiayaan rumah ke-3 tidak lagi tertakluk 70% daripada nilai rumah.
  • Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta melalui pengecualian cukai jualan sebanyak 100% untuk kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50% bagi kereta penumpang import.
  • Pengecualian cukai pelancongan mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Dana Penjana Nasional sebanyak RM600 juta bagi memacu proses pendigitalan perniagaan dan inovasi.
  • National Technology and Innovation Sandbox diwujudkan bagi meneroka pertumbuhan teknologi dan inovasi.
  • Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan ditambah baik melalui peningkatan pendigitalan perkhidmatan.
  • Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dilaksanakan melalui saluran khas di platform digital.
  • Pemberian e-Penjana iaitu kredit e-dompet berjumlah RM50.
  • Pelanjutan waktu perkhidmatan operasi UTC di seluruh negara.
  • Pengecualian cukai sepenuhnya sehingga 15 tahun bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
  • Bantuan berjumlah RM225 juta untuk sektor seni, budaya, hiburan, pameran, dan acara.
  • Skim Pembiayaan Mikro Agromakanan sebanyak RM350 juta.
  • Pengecualian 100% ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah, dan minyak isirong sawit proses.
  • Menggubal undang-undang berkenaan COVID-19.
  • Terbitan Sukuk Prihatin bagi rakyat terlibat dalam langkah-langkah pemulihan ekonomi.

Teks ucapan penuh perutusan khas Perdana Menteri boleh rujuk pautan di bawah:

Kesimpulan Apa Itu Pelan Jana Semula Ekonomi?

Hasrat kerajaan untuk membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara terserlah terhadap setiap usaha yang dilakukan termasuklah PENJANA.

Mari kita ambil peranan sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk memahami dan mengambil peluang membantu kerajaan.

TERIMA KASIH