Cara Tebus Kredit eBelia.
Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit E-Tunai sebanyak RM150 kepada para belia yang layak dan juga pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula 1 Jun ini.
Program eBelia dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.
Budaya transaksi tanpa tunai ini adalah lebih cepat dan selamat dimana pengguna tidak perlu memegang duit tunai yang banyak secara fizikal dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja.
Untuk itu, artikel Pemberitahuan hari ini Cara Tebus Kredit eBelia Melalui Shopee Sebanyak RM150 adalah panduan khas buat golongan belia dan pelajar IPT yang berkelayakan untuk tebus kredit eBelia anda melalui ShopeePay dan shopping secara online sambil menikmati diskaun dan banyak tawaran hebat di Shopee.
Anda berminat?
Jom teruskan membaca artikel kami!
Isi Kandungan
Cara Tebus Kredit eBelia Melalui Shopee Sebanyak RM150
Macam mana nak aktifkan akaun ShopeePay anda?
Apa syarat-syarat untuk anda menerima bantuan kredit eBelia ini?
Mari kita sama-sama teliti informasi di bawah untuk memudahkan urusan anda untuk tebus kredit eBelia ini.
Untuk makluman, belia yang berkelayakan boleh mula membuat penebusan kredit eBelia ini bermula 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021 dan boleh membelanja kredit yang ditebus sehingga 31 Julai 2021.
Apa istimewanya anda mengaktifkan akaun ShopeePay?
Selain daripada tawaran diskaun dan free shipping pengguna yang memilih untuk membuat penebusan melalui Shopee akan menerima tambahan RM5 jika mereka membuat pengesahan kad pengenalan bagi pengaktifan akaun ShopeePay.
Kredit tambahan RM5 tersebut akaun ShopeePay pengguna dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.
SYARAT-SYARAT PENERIMA BANTUAN KREDIT eBELIA
Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh golongan belia dan pelajar IPT sebelum menebus kredit di ShopeePay adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Belia disini mestilah berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar IPT dalam negara.
- Anda tidak pernah membuat sebarang penebusan kredit eBelia dalam mana-mana platform eWallet yang lain.
- Membuat pengesahan kad pengenalan untuk mengaktifkan akaun ShopeePay anda sebelum membuat penebusan.
CARA TEBUS KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEE
Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat penebusan kredit eBelia ini dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:
- Muat turun Aplikasi Shopee di Google Play atau Apple Store.
- Buka aplikasi Shopee dan klik pada bahagian banner ‘eBelia’ di bahagian atas skrin anda.
- Kemudian klik pada ‘Claim Now’
- Buat pengesahan kad pengenalan anda dengan klik pada ‘Verify Now’
- Kemudian, maut naik gambar kad pengenalan dan selfie anda bersama kad pengenalan.
- Klik ‘Confirm’ setelah mendapat pengesahan, isikan maklumat diri dan hantar.
- Kredit eBelia berjumlah RM150 akan dimasukkan ke akaun ShopeePay anda yang sudah diaktifkan.
Dah siap! Mudah bukan?
Apa tunggu lagi? Jom tebus dengan ShopeePay!
Maklumat Lanjut Cara Tebus Kredit eBelia
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia di ShopeePay, anda boleh terus layari: LAMAN WEB SHOPEE EBELIA CLAIM
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang layak.
Selamat bershopping online bersama ShopeePay!
TERIMA KASIH