Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat RM200

Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat RM200

Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat.

Berita baik buat usahawan Negeri Johor yang ingin membuka akaun syarikat anda!

Terkini daripada Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) satu insentif diperkenalkan kepada rakyat negeri Johor khususnya iaitu Insentif Pembukaan Akaun Syarikat sebanyak RM200.

Usahawan-usahawan di luar sana yang berminat boleh terus baca artikel Pemberitahuan hari ini, Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat Sebanyak RM200 Online sebagai panduan untuk mendapatkan bantuan pembukaan akaun syarikat anda.

Apa tunggu lagi?

Baca sampai habis ye..

Apa Itu Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat?

Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat ini diberikan secara one-off sebanyak RM200 kepada usahawan yang berjaya dalam permohonan.

Untuk makluman anda, bantuan ini merupakan program jalinan kerjasama dengan sektor perbankan yang berikut:

  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • RHB Bank

Antara manfaat bantuan ini adalah:

  • Menawarkan kemudahan pembukaan akaun syarikat atau semasa yang lebih mudah kepada usahawan iaitu mereka tidak memerlukan introducer atau orang yang memperkenalkan untuk membuka akaun terbabit.
  • Nilai deposit yang akan dikenakan bagi pembukaan akaun syarikat atau semasa adalah minima dan tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank.

Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat Sebanyak RM200 Online

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap Negeri Johor atau telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
    3. Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan dan beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
    4. Insentif ini terbuka kepada syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta keutamaan diberikan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro.
Baca Juga :  Pinjaman Perniagaan MARA : Borang Permohonan Skim S3P MARA

NOTA:

Pemohon hanya layak untuk memohon sekali sahaja dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat atau semasa.

CARA PERMOHONAN BANTUAN PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat di atas anda boleh terus membuat permohonan dengan cara di bawah:

  1. Pemohon perlu berdaftar secara online di PENDAFTARAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT / SEMASA Klik link berikut .
  2. Isi maklumat yang diberikan merangkumi maklumat pemohon, pasangan, syarikat dan lain-lain lagi
  3. Klik ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Selesai mengisi semua butiran, klik ‘Sumbit’ hantar permohonan.

Insentif PUJB 2 1024x1024 - Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat RM200

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah saya boleh memilih bank yang diingini untuk membuka akaun syarikat saya?

  • Ya. Anda boleh memilih bank yang diingini dan tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank tersebut.

Adakah saya boleh memohon jika syarikat saya tidak mendaftar SSM?

  • Tidak. Usahawan yang ingin memohon insentif ini wajib berdaftar dengan SSM dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Bolehkan saya memohon kali kedua jika sebelum ini saya telah memohon?

  • Tidak. Permohonan yang dibenarkan adalah hanya sekali sahaja.

Jika saya lahir di Selangor tetapi sudah menetap di Negeri Johor lebih 7 tahun, bolehkah saya memohon insentif ini?

  • Boleh. Pemohon yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut layak memohon.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Pembukaan Akaun Syarikat

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi pihak Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan PUJB di talian 07-510 2542 atau menerusi email jabatanprogram.pujb@gmail.com.