Pemberitahuan » Kewangan » Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN 2021 (Modal Permulaan Bisnes)

Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN 2021 (Modal Permulaan Bisnes)

Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN.

Perhatian kepada mereka yang berminat untuk memulakan bisnes sendiri dan memerlukan dana permulaan atau modal permulaan bisnes, anda juga boleh membuat permohonan pinjaman perniagaan daripada bank.

Bagaimana nak dapatkan pinjaman perniagaan daripada bank?

Artikel Pemberitahuan hari Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN 2021 (Modal Permulaan Bisnes) kami sediakan khas buat usahawan yang berminat untuk mendapatkan bantuan dana memulakan perniagaan mereka.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN 2021 (Modal Permulaan Bisnes)

Berikut kami senaraikan beberapa jenis bank yang menyediakan kemudahan pinjaman perniagaan ini berserta dengan ciri-ciri dan juga syarat-syarat pinjaman untuk rujukan anda:

PINJAMAN PERNIAGAAN BSN 2021 (ISLAMIC)

Berikut merupakan jenis-jenis pinjaman perniagaan yang disediakan di BSN dan ciri-ciri pinjaman:

TEMANIAGA-i TAWARRUQ (BSN MICRO-i ISLAMIC)

Ciri-ciri pinjaman perniagaan ini adalah seperti berikut:

Pinjaman ini adalah berlandaskan konsep syariah iaitu konsep Tawarruq yang terdiri daripada kontrak Ba’i Murabahah dan Wakalah menggunakan komoditi (aset pendasar) yang disediakan oleh penyedia komoditi yang diluluskan.

  1. Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  2. Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  3. Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5 tahun
  4. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum selama 2 tahun.
  5. Sektor perniagaan dibuka hanya untuk runcit dan borong, pembuatan serta perkhidmatan.
  6. Perniagaan mestilah milikan tunggal ATAU perkongsian ATAU Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  7. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  8. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Pihak Berkuasa Tempatan (LA) ATAU Badan Profesional masing-masing (bagi perniagaan Profesional).

PEMBIAYAAN PELANCONGAN PENJANA – PTF (BSN MICRO-i ISLAMIC)

Untuk makluman anda, Pelancongan Pembiayaan PENJANA (PTF) adalah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong usahawan mikro dan PKS yang layak di sektor pelancongan dengan mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dan tetap dapat bertahan selepas COVID-19.

Kelayakan adalah terbuka kepada usahawan yang perniagaannya berkaitan dengan pelancongan teras atau perniagaan yang mempunyai kaitan secara minoriti dengan pelancongan.

Berikut merupakan ciri-ciri pembiayaan pelancongan PENJANA:

  1. Pinjaman khas untuk modal kerja/perbelanjaan modal
  2. Pinjaman adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000.
  3. Tempoh pinjaman adalah dari 1 tahun sehingga 5.5 tahun, termasuklah 6 bulan pertama moratorium ansuran bulanan.
  4. Perniagaan telah beroperasi minimum selama 6 bulan.
  5. Pemohon adalah bukan bukan penerima Kemudahan Khas / i (SRF/i) dan/atau BSN Mikro/i Kredit Prihatin dan/atau BSN Mikro/i Kredit PENJANA.
  6. Perniagaan mestilah milikan tunggal ATAU perkongsian ATAU Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  7. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  8. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia, manakala untuk Sabah san Sarawak, mestilah berdaftar dengan pejabat berkuasa/daerah/MOTAC (untuk homestay di bawah tempat penginapan pelancong) / Perakuan Pendaftaran Pemegang Homestay

PINJAMAN PKBC-i MURABAHAH (BSN Micro-i)

Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina. Pinjaman ini menggunakan konsep Murahabah di mana transaksi jual beli untuk membiayai perolehan aset di mana kos dan margin keuntungan hendaklah diisytiharkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai perbelanjaan modal.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN:

  1. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  2. Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.
  3. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.
  4. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong/pembuatan/perkhidmatan.
  5. Perniagaan mestilah milikan tunggal/perkongsian/Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  6. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (LA)/Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  8. Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).

PINJAMAN KEMUDAHAN AUTOMASI dan DIGITALISAI-i (ADF)

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi-i atau Automation and Digitalisation Facility-i (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Baca Juga :  Platform Terbaik Untuk Anda Menyimpan Wang

Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain.

Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.

CIRI-CIRI PINJAMAN:

  1. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  3. Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  4. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

AGROFOOD FACILITY-i (AF)

Agrofood Facility-i (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.

Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian.

Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.

CIRI-CIRI PINJAMAN:

  1. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  3. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)
  4. Pinjaman adalah sehingga RM50,000.
  5. Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun

BSN 02 - Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN 2021 (Modal Permulaan Bisnes)

PINJAMAN PERNIAGAAN BSN 2021 (KONVENSIONAL)

BSN TEMANIAGA (BSN MICRO)

Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan/pembiayaan semula.

CIRI-CIRI PINJAMAN:

  1. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  3. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  4. Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun.
  5. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  6. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  7. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.

BSN TEMANMESRA (BSN MICRO)

Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.

CIRI DAN SYARAT PINJAMAN:

  1. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  3. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  4. Tempoh pinjaman minimum 1 tahun sehingga 5 tahun.
  5. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  6. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  7. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 2 tahun.

PINJAMAN BSN PKBC

CIRI-CIRI PERMOHONAN PINJAMAN BSN:

  1. Pinjaman ini khas untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina.
  2. Pinjaman perniagaan ini sesuai bagi anda yang ingin menjadikannya sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pengubahsuaian premis perniagaan.
  3. Jumlah pembiayaan adalah dari RM5000 sehingga RM50000.
  4. Tempoh pinjaman minimum 6 bulan sehingga 5 tahun.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN:

  1. Sektor perniagaan hanyalah terbuka kepada sektor runcit dan pemborong / pembuatan / perkhidmatan.
  2. Perniagaan mestilah milikan tunggal / perkongsian / Syarikat Sendirian Berhad termasuklah perniagaan profesional.
  3. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan wajib berdaftar dengan
  4. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA) / Badan Profesional masing-masing (untuk perniagaan Profesional).
  5. Pemohon mestilah merupakan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina seperti yang disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
  6. Perniagaan mestilah telah beroperasi minimum 6 bulan.

PINJAMAN KEMUDAHAN AUTOMASI DAN DIGITALISASI (ADF)

Kemudahan Automasi dan Digitalisasi atau Automation and Digitalisation Facility (ADF) adalah skema pinjaman untuk perusahaan sederhana kecil atau Small Medium Enterprise (SME) untuk memberi insentif kepada pengusaha untuk mengotomatisasi proses dan digitalisasi operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

  1. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  2. Tujuan pinjaman adalah untuk pembelian peralatan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, penyelesaian dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tidak ketara lain.
  3. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  4. Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  5. Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  6. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  7. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

AGROFOOD FACILITY (AF)

Agrofood Facility (AF) adalah skema pinjaman yang ditawarkan kepada Perusahaan Sederhana Kecil (PKS) untuk meningkatkan pengeluaran makanan untuk penggunaan dan eksport domestik.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

  1. Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang berkelayakan.
  2. Tujuan pinjaman adalah sebagai modal kerja/perbelanjaan modal/pembangunan projek pertanian. Pembiayaan ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pembiayaan semula kemudahan yang masih ada.
  3. Pinjaman adalah sehingga RM250,000.
  4. Tempoh pinjaman adalah sehingga 7 tahun
  5. Perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  6. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (LA)

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami pada hari ini dapat membantu anda memilih pinjaman yang terbaik untuk memulakan perniagaan.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH