Beli Tiket Bas Online.
Bagaimana?
Perkembangan teknologi kelihatan seperti tidak terjejas dengan penularan COVID-19 yang melanda dunia. Malah, anda kini disediakan dengan cara yang lebih sistematik untuk membeli tiket bas secara online. Hanya menggunakan hujung jari!
Anda berminat?
Artikel Pemberitahuan hari ini Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Dengan Mudah & Pantas sebagai panduan lengkap buat anda. Semuanya ada disini, mudah sahaja!
Jom baca!
Beli Tiket Bas Online Dengan Busonlineticket, Redbus, etc
Jika dahulu anda kena beratur depan kaunter semata-mata nak beli sekeping tiket bas sekarang ni anda boleh beli tiket bas dengan hanya kain pelikat sambil bersantai di ruang tamu rumah!
Tiada lagi gangguan ulat tiket, pembaziran masa dan tenaga dengan kemudahan teknologi sekarang.
Eh senang nya? Macam mana tu?
Ya, tahukah anda bahawa terdapat banyak laman web dan aplikasi telefon pintar yang menawarkan perkhidmatan penjualan tiket bas ekspress ke seluruh Malaysia?
Berikut kami kongsikan kepada anda cara-cara beli tiket bas online dan senarai laman web yang menawarkan servis ini:
CARA-CARA BELI TIKET BAS SECARA ONLINE
Anda boleh memilih mana-mana dari senarai laman web yang kami sediakan dibawah untuk membuat pembelian tiket bas.
Berikut merupakan cara-cara mudah beli tiket bas secara online dengan BusOnlineTicket.com:
CARI LALUAN BAS ANDA
Anda perlu mengisikan maklumat berkaitan seperti:
- Perjalanan pergi balik atau sehala
- Bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun)
- Tarikh dan masa serta jumlah penumpang
Kemudian klik pada “Carian” atau “Search Buses” untuk laluan perjalanan anda
PILIH TEMPAT DUDUK BAS
Anda akan ditunjukkan paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.
Kemudian klik pada ‘Select’ atau ‘Pilih’ untuk memilih kerusi pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.
Anda akan diberikan paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik pada nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Teruskan” atau “Proceed”
PENGISIAN BUTIRAN DAN CARA PEMBAYARAN
Isikan butir-butir yang diperlukan ditempah kosong yang disediakan seperti di bawah:
Anda juga diberikan pilihan untuk servis refund dan insurance seperti dibawah:
Selesai semuanya pastikan semua maklumat perjalanan anda betul.
Kini anda boleh memilih cara bayaran. Anda diberikan 5 pilihan cara pembayaran iaitu:
- Credit Card
- Online Banking
- E-wallet
- Paypal
- Alipay
Pastikan and “tick” setuju pada polisi BusOnlineTicket.com kemudian klik pada “Bayar Sekarang/Proceed to Payment”
MEMBUAT PEMBAYARAN
- Anda dikehandaki untuk mengisi maklumat yang diminta pada laman yang dipaparkan.
- Laman pengesahan/kebenaran oleh Bank anda juga akan dipaparkan dan sekali lagi perlu mengisi maklumat seperti yang diminta.
- Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email “Order Summary” akan dihantar kepada anda melalui email.
- Selesai urusan pembelian tiket bas atau booking secara online ini. Sila baca maklumat didalam “Order Summary” untuk maklumat lanjut dan langkah yang sepatutnya anda ambil sebelum menaiki bas pada hari bertolak.
NOTA:
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi atau email portal penempahan tiket anda.
SENARAI LAMAN WEB SYARIKAT JUAL TIKET BAS ONLINE
Berikut adalah senarai laman web yang menjual tiket bas express secara online (membuat tempahan untuk pilihan syarikat bas) untuk rujukan semua untuk menempah tiket bas:
Bagi memudahkan urusan pembelian tiket bas menggunakan smartphone, anda boleh memuat turun aplikasi laman web di atas mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Google PlayStore / Apple Appstore)
Kesimpulan
Semoga perkongsian Pemberitahuan ini memudahkan urusan pembelian tiket bas/feri/train anda. Sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH