Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Sara Hidup (BSH)?
Bantuan Sara Hidup atau BSH dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia iaitu BR1M. Bantuan kewangan ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan beban golongan B40. Justeru itu, BSH kali ini lebih tertumpu kepada golongan B40 dan saiz isi rumah. BSH juga merupakan salah satu langkah perlaksanaan dalam usaha kerajaan menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup kini dibuka bagi golongan bujang dan keluarga di seluruh Malaysia. Bayaran BSH ini akan diterima secara one time-off daripada pihak kerajaan bagi mereka yang layak menerima skim BSH ini.
Pembayaran Bantuan Sara Hidup ini diuruskan di bawah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat.
Ekoran pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan sedikit sebanyak sumber pendapatan rakyat Malaysia, kerajaan telah sebulat suara untuk menambahkan dana sebanyak RM100 bagi setiap penerima BSH Fasa 3. Jadi, semua penerima BSH Fasa 3 akan menerima tambahan dana sebanyak RM100.
Status kelulusan semakan Bantuan Sara Hidup akan mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi syarat kelayakan seperti maklumat pendapatan isi rumah dari agensi-agensi terlibat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Kerajaan turut mengumumkan bahawa pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berjumlah RM500 hingga RM1,600 bagi mereka yang layak menerima bantuan ini terdiri daripada kategori B40 dan M40 yang telah dibayar pada Fasa 1 (April 2020) dan Fasa 2 (Mei 2020).
Semakan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 (Julai 2020) : Status Kelulusan Permohonan atau Status Rayuan
Pemohon boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup secara atas talian (Online) dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Cara semakan status BSH sangat mudah iaitu pemohon atau penerima hanya perlu log masuk ke laman aplikasi MyBSH (Dahulunya dikenali sebagai MyBR1M).
LANGKAH 1: Layari Portal Rasmi BSH
LANGKAH 2: Layari Menu MyBSH di Laman Bantuan Sara Hidup Rakyat
LANGKAH 3: Log Masuk Laman BSH
- Layari https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad)
- Kemudian, klik butang SEMAK
- Mohon No. TAC yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan oleh pemohon sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSH bagi membuat semakan BSH
- Masukkan nombor TAC dan tekan butang HANTAR.
LANGKAH 4: Pemohon boleh membuat cetakan, semakan dan membaca peti mel
- Pemohon WAJIB dapatkan No. TAC sebelum berjaya login masuk ke laman aplikasi MyBSH
- Peringatan: No. TAC tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh 6 jam SAHAJA.
- Sekiranya No. TAC tersebut sudah melebihi tempoh 6 jam, pemohon hendaklah memohon semula untuk dapatkan No. TAC yang baru.
- Pemohon hendaklah memasukkan No. TAC itu dan tekan butang HANTAR setelah mendapatkan No. TAC.
LANGKAH 5: Semakan Status BSH 2020
Pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBSH setelah berjaya dapatkan No. TAC. Sila klik pada menu bergambar SEMAKAN untuk membuat semakan keputusan permohonan BSH 2020. Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BSH 2020 akan dipaparkan.
Paparan MyBSH
Pemohon juga boleh membuat Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas dengan klik pada menu bergambar seperti yang terpapar di bawah ini menerusi laman web MyBSH.
Anda boleh buat semakan Bantuan Sara Hidup Fasa 3 dengan klik pautan di bawah ini:
https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Cara lain untuk menyemak status permohonan anda adalah dengan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Masih ramai yang tidak tahu akan fungsi ini untuk semak status permohonan. SMS yang dihantar akan beri notifikasi sama ada anda berstatus layak ataupun tidak layak.
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3
Bayaran baki BSH Fasa 3 akan mula dilakukan pada Julai 2020 berdasarkan notis yang telah dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di laman Facebook mereka.
Permohonan Baharu Bantuan Sara Hidup
Permohonan baru ini khas kepada mereka yang baru dan tidak mempunyai sebarang maklumat di dalam database LHDNM.
Agensi yang Terlibat dalam Proses Verifikasi Kelayakan BSH 2020
Setiap permohonan akan melalui proses verifikasi atau semakan kelayakan BSH bagi mendapatkan BSH 2020 melalui data di beberapa agensi seperti berikut:
- Pengenalan Diri : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pendapatan : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Bendahari Negeri-negeri di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM))
- Status Perkahwinan : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Orang Kurang Upaya (OKU) : Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Perkongsian Liabiliti Terhad: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pemilikan Kenderaan : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Menetap di Luar Negara/Bekerja: Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Anak yang Masih Belajar: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kerajaan turut menekankan bahawa pemohon yang memberikan maklumat palsu boleh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH.
Untuk membuat permohonan, sila layari:
https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
Anda disarankan untuk melayari laman web berkenaan pada waktu 4:00am – 7:30am (bukan waktu puncak).
Sebarang persoalan berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatain Nasional (BPN), sila hubungi talian hotline 1800-88-2747.
Langkah Membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup
Sekiranya tidak lulus/gagal dalam permohonan, pemohon haruslah membuat rayuan secara atas talian dengan mengikuti pautan yang disediakan seperti di bawah atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran kawasan pemohon.
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan status BSH atau rayuan secara atas talian, mohon rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan dan bawa sekali dokumen penting seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
Pemohon atau penerima yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat di talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan).
Bayaran BSH akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dimaklumkan kerajaan untuk setiap permohonan/kemaskini yang telah lulus dan berjaya.
Bilakah Pembayaran BSH Fasa 3 akan Dikreditkan?
Pembayaran akan dilakukan pada bulan Julai 2020 sekali dengan RM100 tambahan.
Cara Semakan BSH Online
Sila klik pautan yang telah disediakan seperti di bawah:
https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Berapakah Jumlah Bayaran BSH Fasa 3?
Baki bayaran BSH + RM100
Bagi Mereka yang Dah Terima BPN, Masih Dapat BSH atau Tidak?
Ya, masih dapat.
Apakah yang Dimaksudkan dengan “GAGAL KREDIT”?
Bagi pemohon yang menerima makluman sebegini, bayaran Bantuan Sara Hidup penerima hendaklah ditunaikan di Kaunter BSN. Jika penerima tidak dapat Surat Makluman tersebut, proses penunaian tersebut boleh dilakukan dengan membawa MyKad/Kad Pengenalan ke cawangan BSN terdekat setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
Apakah Nombor yang Boleh Anda Hubungi untuk Bantuan?
Sila hubungi talian hotline: 1-800-88-2747