Pemberitahuan » Panduan » Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020

Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020

Apa tips yang anda perlukan untuk membuat semakan slip e-Penyata gaji secara online untuk tahun 2020 ini? 

Tak perlu risau, Pemberitahuan ada solusi untuk segala permasalahan anda kali ini.

Oleh itu, bagi menjawab segala persoalan anda kami sediakan entri pada hari ini Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020. Mudah dan senang difahami.

Ayuh teruskan bersama kami!

e-Penyata Gaji

E-Penyata Gaji (e-Gaji) merupakan suatu sistem yang memudahkan para kakitangan awam untuk membuat semakan gaji secara atas talian (online).

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan laporan terdiri daripada penjawat awam persekutuan seperti di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya tidak termasuk kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Sistem semakan ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Akauntan Negara melalui portal rasmi mereka.

Melalui sistem online ini, slip gaji bulanan seseorang penjawat awam boleh diakses secara atas talian, dan kebiasaannya, ia dapat disemak sehari atau dua hari sebelum tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam.

Sebagai pengguna yang baru untuk menggunakan sistem ini, anda WAJIB mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu.

Tips Semak Slip e-Penyata Gaji Online 2020

Berikut panduan mendapatkan slip e penyata gaji terkini dari portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM);

Untuk menyemak penyata gaji, anda perlu membuka laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) seperti berikut:

https://www.anm.gov.my/

ATAU

https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

Untuk memaparkan maklumat gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah diperlukan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

Sebelum mendaftar, pastikan anda sediakan beberapa maklumat penting seperti berikut:

  • No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan)
  • No. Gaji (boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
  • Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).
Baca Juga :  Permohonan eGtukar Pertukaran Guru Online Sesi Jun 2020 & Januari 2021
CARA DAFTAR E-PENYATA GAJI ONLINE
  1. Apabila telah memasuki portal rasmi, mereka boleh klik pada pautan ‘Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan’
  2. Setelah itu, pengguna akan dibawa masuk ke halaman untuk pendaftaran masuk. Sekiranya seseorang individu itu baru pertama kali menggunakannya, maka dia harus mendaftar terlebih dahulu melalui pautan ‘Pertama Kali Mendaftar’.
  3. Anda akan dapat melihat beberapa maklumat ‘Pendaftaran Pengguna Baru’ yang perlu anda isi. Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
  4. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem. Setelah selesai anda mengisi semua maklumat tersebut, sila tekan butang “OK” dan skrin ‘Daftar Masuk’ akan dipaparkan.
  5. Sila klik “Daftar Masuk” untuk login ke sistem Gaji ANM.
  6. Sila masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.
  7. Setelah berjaya, skrin ‘Profil Pengguna’ akan dipaparkan dan adalah diingatkan kepada anda kemaskini profil terutama bahagian emel dan nombor telefon supaya sistem boleh menghantar kata laluan baru sekiranya anda terlupa kata laluan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk panduan yang disediakan JANM melalui link yang kami sediakan di bawah:

TATACARA PENGGUNAAN SISTEM: SISTEM E-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

KESIMPULAN

Setiap majikan WAJIB menyediakan slip gaji kepada pekerja setiap bulan. Ini bagi memudahkan pekerja menyemak segala butiran gaji termasuk caruman KWSP, SOCSO, elaun dan sebagainya.

Jadi pastikan setiap bulan anda dapat slip gaji dan simpan di tempat yang selamat.

Pemberitahuan berharap maklumat ini dapat memudahkan urusan anda.

TERIMA KASIH