Cara Buat Penamaan KWSP Online.
Pencarum KWSP khususnya dinasihatkan untuk membuat penamaan akaun KWSP anda bagi memudahkan waris pencarum untuk menguruskan dan mewarisi simpanan dengan mudah.
Macam mana?
Pencarum kini boleh membuat penamaan hanya secara atas talian.
Entri Pemberitahuan hari ini Cara Buat Penamaan KWSP Online 2022 & Kepentingannya kami sediakan khas buat pencarum yang perlukan panduan untuk proses penamaan akaun KWSP mereka.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apakah Kepentingan Penamaan Akaun KWSP Anda?
Kepentingan penamaan akaun KWSP anda adalah memastikan:
- Memudahkan waris menguruskan simpnanan KWSP selepas ahli meninggal dunia.
- Memudahkan proses pengeluaran kematian dibuat oleh waris yang dinamakan.
- Memendekkan proses pengeluaran.
- Memudahkan penama membahagikan simpanan ahli mengikut undang-undang Islam.
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
- Memastikan waris mewarisi simpanan pencarum.
- Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Untuk makluman pencarum, individu yang dilantik sebagai penama KWSP tidak dilabelkan sebagai ‘pemegang mutlak harta pusaka’ tersebut sebaliknya hanya dilantik bagi menguruskan wang caruman pemilik yang telah meninggal dunia.
Bagi mengelakkan sebarang kesalahfahaman, pencarum dinasihatkan meletakkan penama terbaik sesuai dengan situasi pencarum:
- Bagi yang Islam – menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam
- Bagi bukan Islam – menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli.
- Pencarum (Islam dan Bukan Islam) boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama dimana ARB akan menguruskan 100% harta tersebut
Penama ditugaskan untuk mengurus tadbir wang tersebut dan wang tersebut masih perlu dibahagikan secara hukum faraid (bagi orang Islam).
Sekiranya penama bertindak tidak jujur dengan tidak mengagihkan wang tersebut kepada waris si mati mengikut faraid, maka waris boleh memohon mahkamah mengeluarkan sijil faraid kepada penama agar wang tersebut dituntut untuk diagihkan secara faraid.
Sebarang kemusykilan pihak berkenaan dinasihatkan untuk merujuk kepada peguam yang bertauliah untuk menyelesaikan isu yang timbul.
Cara Buat Penamaan KWSP Online 2022
Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting mengenai penamaan KWSP untuk rujukan anda:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENAMAAN
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang individu itu untuk menjadi penama adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun katas
- Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap
- Penamaan dibuat oleh pencarum/ahli sendiri
- Melengkapkan Borang KWSP 4 dengan lengkap
STATUS PENAMAAN
Status penamaan pula tertakluk kepada situasi dibawah:
SEBELUM 1 JANUARI 2017
Penama berumur 18 tahun ke atas |
|
Penama berumur 18 tahun ke bawah |
|
SELEPAS 1 JANUARI 2017
Penama berumur 18 tahun ke atas |
|
Penama berumur 18 tahun ke bawah |
|
CARA-CARA BUAT PENAMAAN KWSP DI i-AKAUN
- Pencarum perlu Log Masuk ke i-Akaun KWSP terlebih dahulu.
- Pilih pada bahagian ‘Daftar Penamaan’
- Isi semua maklumat yang diminta dan kunci masuk ‘Maklumat Penamaan’
- Klik ‘Hantar Permohonan’ dan ahli akan menerima mesej di inbox untuk hadir ke pejabat KWSP dalam tempoh 9 hari dari tarikh permohonan dihantar.
- Ahli boleh hadir terus kemana-mana cawangan KWSP yang berdekatan untuk pengecaman cap jari tanpa perlu melengkapkan Janji Temu Online (JTO)
- Penamaan yang didaftar akan terus berkuatkuasa.
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari PORTAL RASMI KWSP – PENAMAAN KWSP