Permohonan Dana Pemulihan PKS
Berita baik buat pengusaha Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat langkah pembendungan Covid-19 di Malaysia!
Bantuan pemulihan khas perniagaan disediakan khas untuk anda.
Bagaimana?
Anda inginkan maklumat lanjut?
Artikel kami hari ini Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000 kami sediakan khas buat mereka yang berminat sebagai rujukan untuk anda membuat permohonan.
Jom baca!
Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar/Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)
Untuk makluman anda, TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.
Matlamat utama pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.
JUMLAH KADAR PEMBIAYAAN TRRF
Kadar pembiayaan TRRF untuk PKS adalah seperti berikut:
- Pembiayaan PKS yang layak adalah sehingga RM500,000
- Pembiyaan perusahaan mikro adalah sehingga RM75,000
SEKTOR-SEKTOR YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut adalah senarai sektor-sektor yang layak membuat permohonan dana pemulihan khas PKS ini:
- Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
- Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
- Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
- Seni, hiburan dan rekreasi
- Perdagangan borong dan runcit
- Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
NOTA PENTING
Adalah diingatkan:
- Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF),
- Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/atau
- Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF)
TIDAK LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN TRRF
Permohonan Dana Pemulihan PKS (BNM) Sehingga RM500,000
Berikut kami kongsikan cara permohonan, tempoh pembiayaan dan maklumat-maklumat lain buat rujukan anda:
CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN KHAS PKS
Anda boleh membuat permohonan dengan cara menghubungi atau mengunjungi institusi kewangan di bawah:
- Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad: 03-8230 2222
- Alliance Bank Malaysia Berhad/Alliance Islamic Bank Berhad: 03-5516 9988
- Ambank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad: 03-2178 8888
- Bangkok Bank Berhad: 03-2174 6888
- Bank Islam Malaysia Berhad: 03-2690 0900
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat): 1-300-80-5454
- Bank Muamalat Malaysia Berhad: 03-2600 5500
- Bank of China (Malaysia) Berhad: 03-2059 5566
- Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank): 1-300-88-2476
- Bank Simpanan Nasional: 1-300-88-1900
- CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad: 03-6204 7788
- HSBC Bank Malaysia Berhad/HSBC Amanah Malaysia Berhad: 1-300-88-1388
- Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad: 03-7626-8899
- Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad: 1-300-88-6688
- MBSB Bank Berhad: 03-2096 3000
- OCBC Bank (Malaysia) Berhad/OCBC Al-Amin Bank Berhad: 03-8317 5000
- Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad: 03-2179 9999
- RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad: 03-9206 8118
- Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank): 03-2603 7700
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad: 03-8939 8899
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad: 03-26128121
Soalan Lazim (FAQ)
Anda boleh rujuk SOALAN LAZIM PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS untuk maklumat yang lebih terperinci.
Maklumat Lanjut Permohonan Dana Pemulihan PKS
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan dana pemulihan PKS ini anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BNM (BNMTELELINK) di talian 1-300-88-5465.
Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban pengusaha PKS yang terkesan dengan penularan Covid-19 di Malaysia.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.
TERIMA KASIH