Pemberitahuan » Panduan » Tiket Flight Murah: 5 Tips Mudah Cara Beli Tiket Flight

Tiket Flight Murah: 5 Tips Mudah Cara Beli Tiket Flight

Cara Beli Tiket Flight Murah? Macam mana tu?

Tak perlu pakai magic sebab Pemberitahuan ada rahsia untuk dapatkan tiket flight murah!

Tips Mudah Beli Tiket Flight Murah berkongsi dengan anda trick yang boleh anda gunakan untuk membeli tiket flight dengan harga yang murah secara online. Bila nak beli? Apa persiapan sebelum nak beli? Macam mana anda nak beli? Semuanya ada disini.

Masih berminat nak tahu trick beli tiket flight murah ni?

Jom!

Cara Beli Tiket Flight Murah

5 Tips Mudah, Cara Beli Tiket Flight Murah. Apa dia 5 trick yang mampu mengubah pengalaman melancong anda itu? Mari baca di bawah.

TEMPAH TIKET PENERBANGAN LEBIH AWAL

Haaa, bukan khawin je nak kena rancang dan tempah awal-awal ya, nak beli flight tiket pun kena buat yang sama juga.

Bak kata mat saleh celup:

‘IF YOU FAIL TO PLAN, YOU ARE PLANNING TO FAIL..!’

Tempah awal? ‘Awal’ macam mana pula yang anda nak kena tempah tu?

Pertamanya, sebab tiket flight boleh di ‘book’ dan dibeli setahun dari sebelum tarikh kita travel lagi. Harga tiket yang dibeli lebih awal ni selalunya amat jauh lebih murah dari tiket yang anda beli lambat atau on-the-spot. Haa, rajin-rajinlah plan awal-awal ya.

Kedua, sebab bila anda dah rancang dengan betul dan dah ada list destinasi idaman, senang lah kerja anda. Kalau rancang last minit memang payah.

Ini tidak, masa waktu puncak lah baru nak fikir. Sudahlah trafik laman web sangat lembab. Ha kan dah susah memang terlepaslah peluang nak beli tiket murah. Jadi, kalau dah ada plan awal tu, anda tinggal beli je! waktu tiket flight murah

PEKA DENGAN PROMOSI SYARIKAT PENERBANGAN UNTUK TIKET MURAH

SUBSCRIBE NEWSLETTER SYARIKAT PENERBANGAN

Kalau anda nak subscribe newsletter syarikat-syarikat penerbangan ini, anda perlu daftar dan log in dahulu di laman web rasmi mereka. Kenapa kena subscribe pulak?

Kalau anda nak tahu, subscriber juga akan jadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket flight yang bakal berlansung.

Baca Juga :  Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Secara Online 2020

Stay alert okay? Siapa cepat, dia dapat!

LIKE DAN FOLLOW LAMAN SYARIKAT PENERBANGAN

Tak cukup dengan menjadi subscriber setia, anda juga boleh follow dan likes sosial media syarikat-syarikat penerbangan ini.

Contohnya seperti Facebook Page, Twitter, serta Instagram.

Selain itu, dapat juga inspirasi tentang destinasi seterusnya yang korang boleh pergi melalui sosial media mereka. Sama juga, anda kena sentiasa peka, mana tahu ada promosi hebat yang ditawarkan. Cepat-cepat rebut!

BUAT PERBANDINGAN HARGA TIKET MURAH

Alamak, memang kena buat ke?

Haaa, kalau anda malas nak buat memang tak dapat lah nak bandingkan harga tiket penerbangan yang lebih murah. Macam mana nak buat perbandingan ni? Senang je.

Anda boleh gunakan laman web seperti Traveloka, SkyscannerCheap Flights, dan berbagai lagi website carian berkaitan travel. Bukan kata bandingharga tiket flight, bandingkan harga hotel pun boleh. Hebatkan? Kalau anda rajin, anda boleh dapat 2 in 1!

images - Tiket Flight Murah: 5 Tips Mudah Cara Beli Tiket Flight

ELAKKAN BELI TIKET PADA WAKTU PUNCAK

Apa pulak waktu puncak ini? Masa tengahari tengah terik ke?

Maksudnya disini elakkan membeli tiket flight pada waktu puncak, seperti cuti umum, cuti sekolah atau musim perayaan.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan tiket penerbangan pada tarikh tersebut agak mahal berbanding hari biasa yang lain. Mahalnya tu boleh mencecah 3 kali ganda! Fuhh! Memang tak melanconglah anda jawabnya.

Rujuk takwim cuti persekolahan untuk merancang waktu sesuai untuk anda menempah tiket. Daripada anda rugi, baik plan dengan teliti.

PADAM ‘COOKIES’ DAN ‘BROWSER HISTORY’ DI KOMPUTER SELEPAS SURVEY TIKET PENERBANGAN

Aik? Kenapa pulak? Takut kena virus hack ke?

Tak apa, jangan risau, tak ada kena mengena langsung dengan virus atau hack. Langkah ni sebenarnya untuk memastikan jika anda ada melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum.

Perkara ini adalah bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan tiket penerbangan lebih murah.

Oleh itu, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.

Jadi, rajin-rajinlah bersihkan cookies dan browser tu lepas survey ye.

Kesimpulan Cara Beli Tiket Flight Murah

paris travel planning - Tiket Flight Murah: 5 Tips Mudah Cara Beli Tiket Flight

Berdasarkan dari tips yang kami kongsikan di atas, kesimpulannya, anda perlu merancang lebih awal untuk membeli tiket flight yang murah. Kami harapkan tips Cara Beli Tiket Flight Murah di atas dapat membantu meringankan urusan anda untuk menikmati pelancongan yang lebih menarik!

TERIMA KASIH