Pemberitahuan » Informasi » Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan)

Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan)

Cara Tukar Astro Ke NJOI.

Anda ingin tukar langganan Astro ke NJOI?

Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan pelan yang lebih jimat NJOI merupakan pilihan yang terbaik kerana anda tidak perlu membuat bayaran bulanan.

Bagaimana?

Apa syarat-syarat nak tukar langganan Astro ke NJOI ni?

Artikel Pemberitahuan hari ini Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan) merupakan panduan yang kami sediakan khas buat mereka yang berminat.

Jom baca!

Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan)

Bagi pengguna yang sibuk dan kurang menonton TV, langganan Astro boleh menjadi satu beban kerana komitmen bayaran bulanan dan sebagainya.

NJOI pula menawarkan anda pakej rancangan asas TANPA BAYARAN BULANAN. Pakej ini lebih berbaloi dan jimat bagi mereka yang berminat.

NJOI adalah perkhidmatan televisyen satelit bebas tontonan Malaysia yang dilancarkan pada 18 Februari 2012 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Astro.

SYARAT-SYARAT TUKAR ASTRO KE NJOI (DOKUMEN/BAYARAN TUNGGAKAN)

Antara syarat-syarat untuk anda tukar langganan Astro ke NJOI adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda tiada bayaran yang tertunggak. Selesaikan semua tunggakan yang terkumpul sebelum buat pertukaran Astro ke NJOI.
  2. Pastikan semua instrument/aksesori Astro seperti Dekoder dan Piring Astro berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Jika tidak, anda perlu ganti dengan yang baru.
    • Anda menggunakan dekoder dan piring yang sama walaupun telah bertukar ke NJOI.
  3. Bayaran RM50 akan dicaj SEKALI untuk tujuan pertukaran Astro ke NJOI.
Baca Juga :  Pinjaman PKS 2021 DFI SME Corp Pembiayaan RM500,000

img 6168e7e8a06ea - Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan)

CARA-CARA TUKAR ASTRO KE NJOI MELALUI WHATSAPP

Ikuti cara-cara yang kami sediakan di bawah sebagai rujukan anda;

  1. Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI ASTRO
  2. Klik pada ‘Contact Us’ kemudian klik pada logo ‘Whatsapp’. Anda boleh menggunakan PC dan berurusan menggunakan Whatsapp Web.
  3. Selepas itu, anda secara automatik akan diberikan beberapa pilihan. Anda perlu pilih ‘Pilihan 2 – Technical Help’
  4. Ikuti arahan yang diberikan sehingga nanti anda akan dihubungkan dengan Pegawai Astro yang bertugas. Nyatakan tujuan anda untuk ‘tukar servis Astro ke NJOI’
  5. Bagi tujuan pengesahan, pegawai yang bertugas akan meminta butiran:
    • No akaun Astro
    • Mykad
  6. Sekiranya anda menepati semua syarat-syarat di atas dan proses pertukaran anda berjalan lancar, pegawai bertugas akan memaklumkan pada anda bahawa pertukaran akan mengambil masa 48 jam.
  7. Selepas 48 jam, saluran NJOI anda akan mula aktif.

NOTA:

Sekiranya pertukaran ini masih belum berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN ASTRO

Sebarang pertanyaan mengenai apa-apa servis termination atau pertukaran Astro anda boleh terus hubungi senarai di bawah:

  1. Telefon – 03 9543 3838
  2. Self portal – www.astro.com.my/selfservice
  3. Facebook www.facebook.com/Astro
  4. Twitter www.twitter.com/astroline
  5. Live Chat –www.astro.com.my/contactus

Kesimpulan Cara Nak Tukar Astro Biasa/Beyond Ke Njoi

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu memudahkan urusan anda untuk tukar rancangan Astro ke NJOI.

Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH