Cara Buat Tuntutan mySalam ?
Di zaman keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini, hasrat kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 diperluaskan dan kita lihat banyak skim-skim bantuan dan perlindungan disediakan untuk rakyat.
Termasuklah program bantuan sokongan yang dikenali sebagai MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40.
Apa tujuan program mySalam ini?
Cara Buat Tuntutan mySalam Terkini 2020 kami sediakan khas sebagai panduan buat anda. Segala rangkuman maklumat yang anda perlukan ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Skim Perlindungan Kesihatan mySalam
Skim ini memberikan takaful ataupun insurans kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan.
Melalui mySalam, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50 sehari terhad kepada 14 hari atau bersamaan RM700 setahun setelah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Selain itu, sekiranya penerima didapati menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan dalam skim ini, bayaran secara ‘one-off’ terus ke akaun penerima sebanyak RM8,000 akan diberikan.
Cara Buat Tuntutan mySalam
Berikut kami kongsikan maklumat-maklumat penting mengenai skim mySalam ini untuk panduan anda:
SYARAT KELAYAKAN MENDAPATKAN BANTUAN SKIM MYSALAM
Mereka yang layak mendaftar mySalam adalah :
- Individu berusia 18 sehingga 55 tahun yang layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta telah mendapat makluman kelayakan penerimaan mySalam melalui SMS dan;
- Individu yang menerima rawatan di hospital kerajaan sahaja dan;
- Yang disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal sama ada dihospital kerajaan mahupun swasta tetapi mendapat rawatan hospital kerajaan sahaja.
INFO TERKINI:
Pada 11 Februari 2020, Kementerian Kewangan telah mengumumkan mengenai perluasan skim perlindungan kesihatan masyarakat (mySalam) atau dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Perluasan tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 termasuklah penerima BSH individu bujang dan individu OKU.
Maklumat Lanjut: Teks Ucapan Perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
Menerusi Belanjawan 2020, Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan Skim MySalam mulai 1 Januari 2020 kepada:
Bukan sahaja golongan B40 tetapi individu yang mempunyai pendapatan kasar RM100,000 setahun yang layak mendapat skim MySalam dengan kadar:
- Bayaran Penyakit Kritikal : RM4,000
- Bayaran Gantian Pendapatan : RM50 sehari (terhad untuk tempoh maksimum 14 hari sekiranya didiagnosis serta memasuki hospital kerajaan)
Rakyat Malaysia yang berusia 18 hingga 65 tahun
- Kelayakan umur penerima skim MySalam dinaikkan pada 65 tahun berbanding 55 tahun sebelum ini.
- Penambahan seramai 1.5 juta individu dijangka akan menerima manfaat skim ini.
Penambahan kepada 45 Jenis Penyakit Kritikal
- Skim MySalam akan ditambah perlindungannya kepada 45 Penyakit Kritikal termasuk terminal dan polio
- Pada ketika ini perlindungan hanya kepada 36 jenis penyakit kritikal
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUNTUTAN SKIM PERLINDUNGAN MYSALAM
Bagi yang sedang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, mereka boleh membuat permohonan tetapi kelulusan adalah bergantung kepada keadaan dimana mereka mestilah berpendapatan rendah.
Namun, mereka yang telah didiagnos dengan sesuatu keadaan atau penyakit sebelum pelaksanaan skim mySalam tidak akan dilindungi di bawah skim ini.
Bagi mereka yang belum mempunyai apa-apa komplikasi penyakit tidak perlu mendaftar tetapi boleh mendapatkan bantuan skim ini sekiranya jatuh sakit kemudian.
TARIKH PERLAKSANAAN SKIM MYSALAM
- Mula: 1 Januari 2019
- Tamat: 31 Disember 2023
TARIKH PENDAFTARAN SKIM MYSALAM 2020
Penerima mySalam yang telah menerima SMS makluman yang turut mempunyai kata laluan bagi login masuk ke sistem mySalam secara atas talian boleh mengakses aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
- Buka: 1 Mac 2019
- Aplikasi: Portal mySalam
- Fungsi: Dengan mengakses aplikasi ini, penerima boleh melihat beberapa
perkara seperti di bawah: - Semakan Kelayakan
- Butiran manfaat Skim mySalam
- Manfaat kelayakan
- Status Tuntutan
- Senarai Hospital Terlibat
- Soalan Lazim (FAQ)
TARIKH PERMOHONAN SKIM MYSALAM 2020
Penerima bukan BSH atau golongan M40 layak untuk memohon Skim mySalam dengan mendaftar melalui aplikasi sistem tersebut bermula tarikh di bawah:
- Buka: 11 Februari 2020
- Tutup: 31 Mac 2020
- Aplikasi: Pendaftaran Penerima Bukan BSH mySalam
* Penerima boleh membuat tuntutan mulai bulan Mei
Penerima mySalam boleh melakukan tuntutan mySalam mereka menerusi portal mySalam dengan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang telah diimbas (scan).
Sebagai alternatif, tuntutan juga boleh difailkan secara langsung di lokasi yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Semua tuntutan mySalam yang dibuat hendaklah dikemukakan bersama-sama dokumen berkaitan dan disahkan oleh doktor dari hospital kerajaan.
JENIS DAN PROSEDUR TUNTUTAN MYSALAM
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh penerima skim ini iaitu tuntutan 45 penyakit kritikal dan tuntutan bayaran gantian harian.
Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan
mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam) - Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
- Bawa borang berkenaan ke hospital yang anda dapatkan rawatan dan minta doktor untuk mengisikan borang
tersebut dengan lengkap - Setelah borang diisi dengan lengkap, imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kembali ke laman web rasmi mySalam dan pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > CI Claims
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan:
Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form DAN Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang) - Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan
tuntutan.
Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
- Dapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mempunyai maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad serta imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
- Pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan:
-Surat Keluar Wad / Discharge Note
-Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang) - Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi dan layari butiran di bawah:
Portal Rasmi: Laman Web mySalam
Telefon Khidmat Pelanggan: 1-300-88-8938 (24 Jam)
Video Infografik Rasmi Skim Perlindungan Kesihatan mySalam
Soalan Lazim mySALAM
[sc_fs_multi_faq headline-0=”p” question-0=”Apa itu mySalam” answer-0=”mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan.” image-0=”” headline-1=”p” question-1=”Siapa yang layak menerima mySalam?” answer-1=”Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan, bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun, OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun. ” image-1=”” headline-2=”p” question-2=”Berapa lama tuntutan akan diproses?” answer-2=”Anggaran masa yang di ambil untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.” image-2=”” headline-3=”p” question-3=”Adakah mySalam patuh syariah?” answer-3=”Ya, mySalam ialah skim patuh-Syariah” image-3=”” headline-4=”p” question-4=”Berapakah bayaran untuk menerima perlindungan mySalam?” answer-4=”Perlindungan mySalam diberikan secara percuma” image-4=”” count=”5″ html=”true” css_class=””]
FAQ Lebih Lanjut: Soalan Lazim mySalam
Kesimpulan Cara Buat Tuntutan mySalam Terkini 2020
Kami berharap perkongsian mengenai skim mySalam ini dapat memudahkan urusan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kesihatan. Mari kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju kami ucapkan!