Pemberitahuan » Panduan » Lupa Kata Laluan KWSP – 3 Cara Mudah Untuk Anda!

Lupa Kata Laluan KWSP – 3 Cara Mudah Untuk Anda!

Lupa Kata Laluan KWSP?

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, KWSP juga menggunakan khidmat atas talian atau talian dimana banyak kemudahan disediakan hanya di hujung jari..

Tetapi..

Kebanyakan daripada kita senang sangat terlupa kata laluan KWSP, macam mana nak dapatkan kata laluan baharu?

Artikel kami hari ini Lupa Kata Laluan KWSP – 3 Cara Mudah Untuk Anda! memberikan anda panduan yang padat, ringkas dan tepat. Mudah sahaja!

Jom baca!

Lupa Kata Laluan KWSP Online 2020

KWSP dengan platform online iaitu i-Akaun memberikan anda banyak kemudahan di hujung jari seperti:

  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.
  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah.
  • Menyemak maklumat penamaan.

Tetapi yang menjadi masalah utama anda adalah, asyik terlupa kata laluan KWSP je.. Ah sudah, macam mana tu?

Kami ada jalan penyelesaiannya!

3 CARA MUDAH UNTUK ANDA DAPATKAN PASSWORD KWSP YANG BAHARU

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk anda dapatkan semula password KWSP anda:

  1. Layari laman web rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my
  2. Klik pada ‘Log Masuk’ dan klik pada ‘i-Akaun (Ahli)
  3. Selepas itu, klik pada ‘Lupa ID Pengguna/Kata Laluan
  4. Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan).
  5. Masukkan no. MyKad atau no. KWSP anda.
  6. Klik pada ‘Permohonan TAC’ untuk mendapatkan nombor TAC.
  7. Pastikan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan adalah betul untuk penerimaan TAC dan Klik ‘Sahkan
  8. Dalam masa kurang dari 1 minit, makluman TAC dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik ‘Tutup’ untuk teruskan
  9. Masukkan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’
  10. Sila cipta kata laluan baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: Carasemak456, klik Hantar.
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan, anda boleh terus login menggunakan kata laluan baharu untuk menggunakan i-Akaun lagi.
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Kuarantin Covid-19 NADMA Online RM100/Sehari

Kami sertakan gambar di bawah bagi memudahkan lagi urusan anda!

91239874 10158049262203399 2231925299199606784 o - Lupa Kata Laluan KWSP - 3 Cara Mudah Untuk Anda!

91176446 10158049262188399 4460088868472881152 o - Lupa Kata Laluan KWSP - 3 Cara Mudah Untuk Anda!

91171484 10158049262428399 7915755491102294016 o - Lupa Kata Laluan KWSP - 3 Cara Mudah Untuk Anda!

Kesimpulan Lupa Kata Laluan KWSP Online 2020

Haaa, mudah bukan? Anda tak perlu pening-pening lagi. Ikut sahaja 3 langkah mudah di atas dan anda boleh mendapatkan password akaun KWSP yang baharu.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH