Pemberitahuan » Panduan » Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun?

Selalunya kita akan ke kiosk KWSP berdekatan untuk semak. Kali ini Pemberitahuan membawakan anda artikel  Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun yang akan memberikan anda panduan lengkap, mudah dan jimat masa anda.

Anda sebagai Pencarum KWSP, semestinya tahu sistem i-Akaun KWSP yang kini sesiapa yang ada KWSP baik pekerja ataupun majikan akan guna untuk buat semakan penyata KWSP secara online. Dengan sistem i-Akaun ini memudahkan pencarum semakan baki KWSP terkini online untuk Akaun 1 dan 2.

Mari teruskan bersama kami!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) di mana ia bertindak sebagai sebuah badan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya.

KWSP telah mewujudkan sistem online bertujuan untuk membuat semakan, cetakan penyata dan juga pengeluaran atas sebab yang dibenarkan sahaja. Pencarum tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter KWSP untuk membuat
urusan seperti semakan, cetakan penyata kerana anda hanya perlu melayari laman sesawang KWSP dan klik i-Akaun untuk log masuk ke akaun KWSP online anda.

Mudah bukan?

Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

Berikut kami kongsikan kepada anda langkah-langkah membuat semakan penyata KWSP melalui i-Akaun:

LANGKAH 1: DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

Sebelum membuat apa-apa semakan online melalui i-Akaun, anda perlu mendapatkan kod pengaktifan terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan kod pengaktifan ini dimana-mana kios ataupun kaunter KWSP. Bawa sekali MyKad anda ketika ingin mendapatkan kod pengaktifan ini.

Anda boleh dapatkan senarai kios atau kaunter KWSP di pautan yang kami sediakan di bawah:

Baca Juga :  Semakan KWSP Dengan IC Secara Online 2020

PEJABAT DAN KIOS KWSP SELURUH MALAYSIA

LANGKAH 2: LOG MASUK KE i-AKAUN KWSP

  1. Sila layari laman rasmi KWSP dan klik pada menu login i-Akaun. Kemudian masukkan kod pengaktifan yang diberi diruang ‘ID USER’ dan tekan butang ‘NEXT’. *kod pengaktifan boleh digunakan dalam masa 30 hariiakaun1 - Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun
  2. Masukkan kata laluan sementara dan tekan butang ‘login’iakaun2 - Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun
  3. Baca terma dan syarat yang dipaparkan dengan teliti kemudian tekan butang ‘agree’. Selesai semua, tekan butang ‘next’iakaun3 - Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun
  4. Kemudian, sila tukar ID dan kata laluan sementara anda. Kemudian pilih gambar online masukkan frasa rahsia di ruang yang disediakan dan tekan butang ‘next’
  5. Anda kemudiannya akan diberikan arahan untuk login sekali lagi menggunakan user ID dan kata laluan yang baru.

Manual Panduan Untuk Anda:

LANGKAH 3: SEMAKAN PENYATA KWSP

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda membuat semakan penyata KWSP di i-Akaun:

  1. Log masuk semula ke dalam akaun anda.
  2. Akaun Peribadi kemudian pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun
  3. Klik Cari. Penyata bagi tahun yang dipilih itu akan dipaparkan.iakaun4 - Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun
  4. Di halaman yang sama di bahagian bawah, penyata ahli boleh dicetak atau dimuat turun.

iakaun5 - Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN DI i-AKAUN KWSP

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran yang diberikan di bawah:

  1. Facebook Rasmi KWSP
  2. Laman Web KWSP (RASMI)
  3. Soalan Lazim (FAQ) i-Akaun

Kesimpulan Cara-Cara Semak KWSP Online Melalui i-Akaun

Mudahnya urusan dengan i-Akaun KWSP ni! Tak perlu beratur panjang, tak perlu isi minyak kereta nak pergi kiosk atau pejabat KWSP. Dengan hanya hujung jari anda dan sebuah telefon pintar, anda boleh selesaikan semua urusan di rumah.

Kami berharap artikel kami kali ini dapat membantu meringankan urusan anda berkenaan dengan KWSP. Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.