Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online

Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online

Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online?

Bagaimana caranya untuk ibubapa mendaftar anak-anak mereka ke darjah 1 sekolah rendah kerajaan?

Untuk pengetahuan ibu-bapa di luar sana, sistem permohonan pendaftaran secara dalam online untuk kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia (termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan) ambilan 2021 / 2022 akan dibuka mulai tarikh 1 Mac 2020.

‘Tapi macam mana nak buat permohonan ni?’

Artikel Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk pendaftaran anak-anak anda ke darjah 1 sekolah rendah kerajaan. Segalanya ada disini.

Jom teruskan membaca bersama kami di Pemberitahuan!

Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online

Berikut kami kongsikan segala maklumat yang anda perlukan untuk pendaftaran darjah 1 tahun 2021/2022:

SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN (SPAT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

  • Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual
  • Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem (SPATKPM) perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) menggunakan ID pengenalan penjaga untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/ jagaan mereka ke tahun 1

CARA PERMOHONAN ONLINE MURID TAHUN 1 2021/2022

TARIKH PERMOHONAN MURID TAHUN 1 2021/2022

  • Tarikh Dibuka: 1 MAC 2020
  • Tarikh Ditutup: 30 APRIL 2020

KELAYAKAN TAHUN KELAHIRAN/SESI PERSEKOLAHAN

  1. Kemasukan Tahun 2021: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2014 hingga 01.01.2015
  2. Kemasukan Tahun 2022: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2015 hingga 01.01.2016

NOTA:

*Pendaftaran lewat adalah dibuka dari 1 Mei 2020 sehingga tarikh tutup pada 25 Disember 2020

*Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara
manual di PPD selepas 15 Disember 2020 dengan mengisi borang ASBS

*Bagi permohonan tahun 1/2021 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2020

PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2021/2022

i) Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia Termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan Aplikasi permohonan/ pendaftaran secara atas online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipautan yang kami sediakan di bawah:

  1. Sistem Aplikasi SPATKPM| Permohonan Pendaftaran Online Murid Tahun 1
  2. Aplikasi SPATKPM| Sistem Aplikasi Daftar Pengguna SPAT KPM (Pengguna Baru / Kali Pertama)

NOTA:

Baca Juga :  Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020

*Ibu bapa atau penjaga (pengguna pertama kali Sistem SPATKPM) perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak / jagaan mereka ke tahun 1

MANUAL PANDUAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE

Pautan berikut adalah manual panduan untuk anda membuat pendaftaran murid tahun 1 2021/2022:

  1. Manual Pengguna Sistem Pendaftaran Atas Talian SPAT (KPM)
  2. Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Ditanya (FAQ) SPAT KPM

BORANG DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online perlu mencetak bukti permohonan online berkenaan dan hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu mulai dari 1 Mac 2020.

Dinasihatkan ibu bapa untuk membawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon)

  • Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)
  • Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)
  • (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan
    sekolah negeri dipohon)
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Cetakan borang permohonan online

NOTA:

*Sila rujuk dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau dalam senarai semak permohonan online bagi
mendapatkan keterangan lanjut berkaitan dokumen yang diperlukan. 

KEPUTUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Semakan keputusan / status permohonan dijangka boleh dibuat bermula tarikh Ogos 2020 (tarikh yang tepat akan dikemaskini) melalui sistem aplikasi yang sama. Bagi yang berjaya perlu mencetak Surat Penempatan dan hantar ke sekolah berkenaan (sila bawa sekali sijil lahir asal anak anda)

langkah pendaftaran tahun 1 - Permohonan Murid Tahun 1 2021/2022 Online

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi:

E-mail: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.
E-mail: daftartahun1@moe.gov.my

Kesimpulan

Pemberitahuan berharap artikel ini dapat membantu dan memudahkan urusan anda.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke darjah 1 sekolah rendah kerajaan.

TERIMA KASIH