Cara Claim Internet Percuma.
Internet percuma tiap-tiap hari? Macam mana nak tebus tu?
Haaa anda berminat?
Pemberitahuan dengan artikel Cara Claim Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga Hujung Tahun memberikan anda panduan lengkap. Jangan risau, mudah sahaja. Semuanya ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Cara Claim Internet Percuma
Selain daripada pemberian kredit RM50, kerajaan memberikan internet percuma 1GB kepada semua rakyat Malaysia.
Pemberian internet percuma ini adalah kepada semua telco sama ada prabayar atau pascabayar.
Ianya diberikan setiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Tarikh pemberian pula telah diberikan sejak bermulanya PKP dan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 iaitu pada hujung tahun ini.
Untuk makluman anda terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia dan semua syarikat tersebut terlibat dalam pemberian internet percuma 1gb ini.
Namun perlu anda ketahui, apa yang berbeza adalah cara tebus data percuma ini bagi setiap syarikat telekomunikasi. Ada yang diberikan secara automatik dan ada yang perlu mengikut prosedur untuk mendapatkannya.
Berikut kami kongsikan cara-cara untuk tebus internet 1GB ini untuk syarikat telco yang terlibat:
CLAIM 1GB DI DIGI
Buat anda pelanggan DIGI, anda boleh menebus data 1GB percuma menerusi aplikasi MyDigi.
NOTA:
Penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data percuma akan diberikan setiap hari.
- Pascabayar: penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi>Rewards
- Prabayar : penebusan boleh dibuat dengan mendial *128#
CLAIM 1GB DI MAXIS/HOTLINK
Untuk pelanggan Maxis dan Hotlink pula, anda boleh menebus data internet 1GB percuma menerusi aplikasi rasmi Maxis/ Hotlink dan penebusan ini perlu dibuat setiap hari.
Berikut kami kongsikan cara tebus internet di Maxis & Hotlink:
- Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
- Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
- Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –> pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’
- Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
Selain itu, boleh juga tebus 1GB percuma dengan menelefon *100# bagi Maxis atau *868# bagi Hotlink.
CLAIM 1GB DI CELCOM, XPAX & YOODOO
Bagi pelanggan Celcom sebelum ini iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.
Namun terkini, anda perlu membuat tebusan bulanan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life.
CLAIM 1GB DI TUNETALK
Penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data internet percuma akan diterima setiap hari istimewa bagi pelanggan Tunetalk.
Anda hanya perlu:
- Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
- SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
- Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya
CLAIM 1GB DI UMOBILE
Data percuma akan akan diberikan secara automatik dan tidak perlu dimohon setiap hari bagi pelanggan Umobile.
Anda hanya perlu menebus sekali sahaja dengan mendail:
- Pengguna Prabayar: *118*6*7#
- Pengguna Pascabayar: *118*7*6#
NOTA:
Walau bagaimanapun ia terhad kepada pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja. Bagi pelanggan WeChat Go, anda tidak layak menerima data percuma daripada kerajaan ini.
CLAIM 1GB DI ONEXOX
Bagi pelanggan ONEXOX, pemberian data 1GB boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#
NOTA:
Sebarang maklumat tambahan akan dikemasikini dari semasa ke semasa. Pemberian internet 1GB adalah tertakluk pada syarat syarikat telekomunikasi masing-masing.
KESIMPULAN SEMUA TELCO: CARA CLAIM INTERNET PERCUMA
Secara kesimpulannya berikut cara tebus internet 1GB percuma anda:
- Celcom – Automatik
- Digi – Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
- Maxis – Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
- UMobil e- Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special OfferPostpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer (Tawaran Istimewa)
- TuneTalk – SMS STAYHOME ke 2222
- ONEXOX – Tebus atau redeem melalui aplikasi ONEXOX Black atau tekan USSD *150#.
Sebarang perubahan maklumat akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
Kesimpulan Cara Claim Internet Percuma
Selamat menikmati internet percuma 1GB yang diberikan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Gunakan data tersebut sebaiknya dan jangan lupa sebarkan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
TERIMA KASIH