Pemberitahuan » Informasi » Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online

Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online

Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online?

Untuk makluman anda, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) membuka peluang untuk anda yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Sabah 2020 yang boleh dibuat secara atas talian/online.

Pemberitahuan menyediakan artikel Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online untuk menjadi panduan kepada mereka yang berkelayakan untuk membuat permohonan.

Mari baca!

Cara Memohon Bantuan Zakat Sabah (MUIS) Terkini Online

Majlis Ugama Islam Sabah mula menguruskan hal ehwal pungutan dan agihan zakat di negeri Sabah sejak tahun 1970. Unit yang mula dikenali sebagai unit Baitulmal telah melalui proses penjenamaan semula seperti Bahagian
Zakat dan Fitrah seterusnya kepada Pusat Zakat Sabah bagi mengetengahkan aspek komersial dan professional dalam hal ehwal agama.

Dengan moto ‘Berzakatmembawa berkat, bersama membangun asnaf’, MUIS ingin memastikan setiap asnaf
mendapat bantuan yang layak dengan mudah.

Berikut kami kongsikan kepada anda syarat-syarat kelayakan, cara permohonan, jenis bantuan yang disediakan untuk Covid-19 dan maklumat lanjut untuk anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Permohonan bantuan zakat Sabah (MUIS) ini terbuka kepada:

  1. Penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap
  3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

SENARAI SKIM BANTUAN ZAKAT MUIS

BANTUAN SOSIOEKONOMI

  • Bantuan Am
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Bencana Alam
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Pengurusan Jenazah

BANTUAN PENDIDIKAN

  • Bantuan Yuran Pendaftaran
  • Bantuan Dermasiswa
  • Bantuan Tiket Penerbangan

BANTUAN MUALAF

  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Am Mualaf
Baca Juga :  Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

SENARAI BANTUAN KHAS COVID-19 MUIS

Bahagian Zakat dan Fitrah (Majlis Ugama Islam Sabah) mengambil inisiatif untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta peruntukan zakat kepada mereka yang memerlukan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.

Antara bantuan zakat yang diagihkan terdiri daripada 6 jenis Bantuan Khas BZF COVID-19:-

  1. Bantuan Khas Waris Pesakit Covid19 Yang Meninggal Dunia
  2. Bantuan Khas Penerima Bantuan Bulanan BZF (MUIS)
  3. Bantuan Khas Fakir Miskin Mualaf (FMM) BZF (MUIS) pada bulan Ramadan
  4. Bantuan Khas Masjid Keperluan Asas Asnaf
  5. Bantuan Khas Petugas Mesra Ibadah
  6. Bantuan Khas Mahasiswa/i Sabah di Kaherah, Mesir

CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT SABAH (MUIS)

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan semua skim bantuan zakat yang disediakan secara online:

1. Sila akses pautan permohonan yang kami sediakan di bawah:

Portal Zakat Sabah Online

2. Pemohon perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menekan butang ‘Daftar Sekarang’
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Zakat Sabah (MUIS) 2020

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Alamat Ibu Pejabat MUIS:

  • Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
    Tingkat 1, Blok A & B, Wisma MUIS
    Peti Surat 11666,
    88818 Kota Kinabalu Sabah

Laman Web/ Facebook:

No. Telefon:

  • 088-279206 / 279100
  • 016-354 6022 (Operasi)
  • 014-868 4857 (Agihan)
  • 019-589 8748 (Pungutan)
  • 010-903 7013 (Kewangan)
  • 019-304 3252 (IT Teknikal)

Kesimpulan 

Kami berharap artikel ini dapat membantu meringankan beban mereka khususnya rakyat Sabah yang betul-betul memerlukan dan tergolong daripada golongan asnaf.

Kongsi-kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.