Pemberitahuan » Informasi » MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online dengan MyASNB ?

Tahukah anda pada hari ini, ASB membolehkan pelabur untuk membuat permohonan pengeluaran ASB secara atas talian? Ini merupakan Inisiatif dari ASB untuk memudahkan para pelabur membuat pengeluaran dan menyemak baki ASB secara atas talian tanpa perlu ke kaunter lagi. Artikel kami hari MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online menyediakan panduan khas untuk anda membuat permohonan pengeluaran dan semakan baki ASB dengan dengan mudah.

Jom teruskan membaca!

Permohonan Pengeluaran ASB Secara Online

Jika sebelum ini ASB hanya membolehkan pelabur menambah jumlah pelaburan secara online, kini anda boleh membuat pengeluaran secara online pula! Dan untuk makluman anda tiada sebarang caj yang dikenakan kepada pelabur ASb. Bagus bukan?

Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB boleh mula digunakan pada 27 April 2020.

Waktu urusniaga sama seperti biasa:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

Wang akan dimasukkan ke akaun pada hari berikutnya.

Syarat Pengeluaran ASB Online

Namun begitu, terdapat beberapa syarat minimum yang perlu anda patuhi untuk membuat pengeluaran ASB secara online ini.

Berikut adalah syarat-syarat tersebut:

  1. Anda mestilah pengguna yang telah berdaftar di MyASNB sahaja boleh menggunakan kemudahan ini
  2. Had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.
  3. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran sebanyak RM100.
  4. Hanya tiga kali pengeluaran dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Baca Juga :  Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan 2020

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Cara Pengeluaran Unit ASB Di www.myasnb.com.my

Berikut adalah cara-cara pengeluaran unit MyASNB secara online. Mudah sahaja:

LANGKAH 1:

Anda perlu log in ke akaun MyASB anda di www.myasnb.com.my

Cara Pengeluaran ASB 1 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 2:

Seterusnya anda perlu klik pada Portfolio dan klik pada Transaksi yang dikehendaki. Pilih pada ‘Jualan Balik’

Cara Pengeluaran ASB 2 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 3:

Kemudian anda perlu memastikan maklumat bank anda betul supaya dapat melancarkan proses pengeluaran.

Cara Pengeluaran ASB 3 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 4:

Selepas itu, anda perlu baaca dan tandakan pada kotak pengisytiharan dan klik pada butang ‘Seterusnya’

Cara Pengeluaran ASB 4 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 5:

Kemudian anda perlu memasukkan amaun yang ingin anda keluarkan. Minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Selepas itu klik pada butang ‘Seterusnya’

Cara Pengeluaran ASB 5 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 6:

Pastikan anda eemak semula butiran bank anda dengan teliti dan jika semuanya betul dan tepat, klik ‘Teruskan’

Cara Pengeluaran ASB 6 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 7:

Anda perlu klik pada ‘Permintaan TAC’ dan klik pada ‘Seterusnya’

Cara Pengeluaran ASB 7 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

LANGKAH 8:

Masukkan nombor TAC yang anda terima dan Tahniah! transaksi pengeluaran ASB anda telah berjaya.

Cara Pengeluaran ASB 8 - MyASNB: Permohonan Pengeluaran Dan Semakan ASB Online

Cara Semakan ASB Online

Untuk membuat semakan ASB secara online, anda perlu daftar di portal MyASNB terlebih dahulu. Sebelum daftar, pastikan segala maklumat peribadi anda tepat. Untuk kesahihan, anda perlu kemaskini maklumat peribadi melalui kaunter-kaunter ASNB sama ada di cawangan ASNB seluruh negara atau di ejen-ejen ASNB seperi Pos Malaysia, Maybank, CIMB, RHB dan banyak lagi.

Maklumat Lanjut myASNB

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi:

  • Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

VIDEO CARA PENGELUARAN ASB ONLINE

Kesimpulan Pengeluaran ASB di myASNB

Kami berharap agar perkongsian kami kali ini dapat memudahkan urusan anda di dalam masa yang sangat memerlukan ini. Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain untuk berkongsi manfaatnya. Semoga dimudahkan urusan pelabur ASB semua.

Selamat maju jaya kami ucapkan!