Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600)

Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600)

Cara Mohon Bantuan Banjir.

Susulan tragedi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli bagi meringankan rakyat Selangor yang terkesan teruk dengan bencana banjir.

Mangsa banjir yang ingin memohon bantuan boleh terus rujuk artikel kami hari ini Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600) sebagai panduan untuk memudahkan urusan permohonan anda.

Jom teruskan bersama kami.

LZSPeduli: Bantuan Banjir Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Program LZSPeduli ingin membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di negeri Selangor.

Bantuan One-Off sebanyak RM600 akan diberikan kepada keluarga yang terkesan yang terdiri daripada golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para asnaf untuk memulakan kehidupan mereka semula selepas ditimpa musibah banjir.

Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600)

Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan, cara permohonan etc buat rujukan mereka yang ingin memohon;

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANKIR ZAKAT SELANGOR

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  3. Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

CARA MOHON BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI ZAKAT SELANGOR – LZSPEDULI
  2. Kemudian klik ‘Mohon Sumbangan LZSPeduli’
  3. Masukkan kod captcha yang diberikan dan nombor kad pengenalan. Selepas itu, klik ‘Semak’
  4. Screenshot 2021 12 28 at 15 00 10 LZSPeduli - Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor Online (RM600)
  5. Pemohon akan dipaparkan dengan borang permohonan, isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Selepas itu, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan:
    • Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
    • Mykad Ketua keluarga (bukan asnaf).
    • No. akaun bank (bukan asnaf).
  7. Selesai melengkapkan semua arahan permohonan klik pada ‘Hantar Permohonan’
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Perkahwinan MAIWP 2022 Online

CARA BAYARAN BANTUAN BANJIR ZAKAT SELALNGOR

Bantuan one-off RM600 ini akan dibayar terus ke akaun penerima.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.

Bagi mereka yang tiada akaun bank, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH