Rumah Mampu Milik B40.
Permohonan Rumah Idaman Selangor khusu buat rakyat Selangor dari golongan B40 dan M40 kini dibuka!
Kerajaan Negeri Selangor telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.
Apa tunggu lagi?
Artikel Pemberitahuan hari ini Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Rumah Idaman Selangor kami sediakan buat rujukan rakyat Selangor yang ingin mencuba peluang untuk memiliki kediaman pertama mereka.
Jom baca!
Isi Kandungan
Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Rumah Idaman Selangor
Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.
CIRI-CIRI RUMAH MAMPU MILIK: RUMAH IDAMAN SELANGOR
Setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.
Setiap unit rumah juga akan dilengkapi dengan kelengkapan berikut:
- 1 unit televisyen beserta kabinet televisyen
- 1 unit peti sejuk
- Sebuah kabinet dapur
- 3 unit penyaman udara
- 2 unit pemanas air dalam setiap bilik air
- 3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur
Jika anda tidak berkesempatan untuk hadir ke lokasi rumah contoh, jangan risau, pihak developer menyediakan tinjauan rumah idaman anda secara maya di: www.mgbgroup.com.my
LOKASI PROJEK RUMAH MAMPU MILIK: RUMAH IDAMAN SELANGOR
Kesemua lokasi yang disenaraikan di bawah merupakan lokasi pusat dimana anda pelbagai kemudahan utama disediakan dan mudah diakses.
- Bandar Saujana Putra
- Idaman BSP
- Shah Alam
- Idaman Cahaya
- Puchong
- Idaman Sari
- Cybersouth Sepang
- Idaman Kita
- Idaman Melur
- Bandar Puncak Alam
- Idaman Perdana
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk rumah mampu milik B40 adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah pemohon tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH IDAMAN SELANGOR
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan rumah mampu milik ini di:
Tetapi sebelum mendaftar dan memohon di portal di atas pastikan anda mematuhi garis panduan permohonan berikut untuk memastikan proses permohonan anda lancar.
- Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
- Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
Maklumat Lanjut Rumah Mampu Milik B40
Semoga perkongsian kami ini memudahkan urusan permohonan rumah idaman anda. Dapatkan sebarang maklumat lanjut di portal rasmi berikut:
Kongsikan artikel kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH