Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Cara Renew Passport Online

Cara Renew Passport Online

Bagaimana  Cara Renew Passport Online?

Ramai yang masih belum tahu macam mana nak renew passport online, artikel yang kami sediakan hari ini merangkumi semua maklumat asas yang perlu anda ketahui bagaimana Cara Renew Passport Online.

Jom teruskan dengan perkongsian admin ni.

PENGENALAN

 

Pernah dengar tentang MyONLINE*PASPORT ?MyONLINE*PASPORT  merupakan satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). Sebelum admin kongsikan Cara Renew Passport Online. Sila baca dengan teliti keperluan yang perlu anda patuhi sebelum meneruskan dengan cara renew passport online.

 

TEMPOH PENGELUARAN PASPORT:

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

 

SPESIFIKASI FOTO PASPORT

Untuk makluman latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima. Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada. Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan. Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

gambar passport online baru - Cara Renew Passport Online
Contoh gambar yang mengikut spesifikasi

 

Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan atau serahan passport. Jadi pastikan semuanya mengikut spesifikasi yang di tetapkan untuk mengelakkan sebarang kelewatan.

 

TERMA & SYARAT:

Berikut merupakan Terma & Syarat Wajib untuk Cara Renew Passport Online :

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar atau foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
  6. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
  7. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  8. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  9. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  10. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  11. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  12. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  13. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
Baca Juga :  Kemaskini dan Semakan Permohonan BSH Fasa 2

 

Keperluan Tambahan:

  1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

PEMBERITAHUAN

  1. Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
  2. Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
  3. Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

3.1 Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan

cap jari di pintu masuk/keluar.

3.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’.

3.3 Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

 

Cara Renew Passport Online

1. Layari website Imigresen ( MyONLINE*PASPORT )
2. Masukkan nombor passport lama, nombor  kad pengenalan dan pilih cawangan mana yang kita nak ambik passport kita bila dah siap nanti.
3. Lepas tu semua details kita di passport lama ada dalam sistem. Next just kena uplod gambar ikut ukuran yg diperlukan, background putih, tudung gelap (utk perempuan)
4. Then submit. Buat bayaran sama ada guna kad kredit atau FPX . Bayaran RM200 utk tempoh 5 tahun.
5. Nanti akan keluar resit. Bawa resit tu bersama passport lama, kad pengenalan  ke pejabat cawangan yg dipilih sebelumnya. Tempoh pungutan ialah 90 hari dari tarikh resit. Kalau tak ambil, burn la RM200 tu.
6. Untuk makluman Sehari lepas submit online,  boleh ambil passport.

DI PEJABAT IMIGRESEN

1. Bawa resit, passport lama dan IC ke kaunter utk ambil nombor giliran.
2. Nanti akan dapat no giliran khas utk application online.kiri dan kanan.
3.siap

Kesimpulan

Sistem ini adalah satu kaedah sebagai kemudahan dan Cara Renew Passport Online kepada warganegara Malaysia, yang mempunyai kekangan masa dan menjimatkan masa.