Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran

BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran

BKM FASA 4 : SEMAKAN TARIKH BAYARAN

Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia  BKM Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini. Pembayaran yang bernilai sebanyak RM 2.1 billion ini, Akan memanfaatkan seramai 5.2 Juta Penerima, Yang terdiri daripada penerima sediada, iaitu kategori isi rumah, warga emas, bujang, ibu tunggal dan kategori yang layak.

Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM fasa 4 adalah kerana bagi persediaan untuk menhadapai monsun timur laut yang dijangka bermula pada pertenghahan bulan November. Hal ini adalah disebabkan kerajaan kuatir berlakunya banjir.

Pada Artikel kali ini Kami akan memberi maklumat berkenaan BANTUAN KELUARGA MALAYSIA: SEMAKAN STATUS DAN TARIKH BAYARAN  FASA 4

 

Bayaran BKM Fasa 4 Dipercepat

Berikut adalah Kenyataan Media YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri- Mengengai Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 Disalurkan Bermula 15 November 2022 (Selasa) – 10 November 2022.

Kenyataan Media BKM Fasa 4 - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran

Kenyataan Media Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran

Semakan Permohonan BKM Fasa 4

Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut Kami kongsikan cara semakan status permohonan di laman web myBKM.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Menu [Semakan Status].
  6. Maklumat Semakan akan dipaparkan di ruangan ini.
  7. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  8. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  9. Selesai.

PENERIMA Bantuan Keluarga Malaysia 2022

ISI RUMAH
• Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN
• Bujang; atau
• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
• Had umur 60 tahun dan ke atas

BUJANG
• Bujang; atau
• Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
• Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas

MAKLUMAT PENTING

PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI
• Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus disebabkan menerima
GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem
boleh mengemas kini permohonan

PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU
• Pemohon yang tiada rekod dalam sistem atau tidak menerima BPR 2021,
BKC (B40) dan GKP; serta
• Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
• Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tanggungan menepati syarat

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama
Islam Negeri / JPN; atau
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama
Islam Negeri / JPN; atau
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh
Mahkamah

PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir /
KP lama

ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir
yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar
Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

SYARAT KELAYAKAN BKM 2022

ISI RUMAH

PEMOHON
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja
di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM5,000 dan ke bawah

Baca Juga :  Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

PASANGAN
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan
Malaysia (MyPR / MyKAS)
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /
MyKAS)
ANAK
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah
taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja;
dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia
(MyKad / MyKid) sahaja; dan
• Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
– 18 tahun dan ke bawah; atau
– 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh
masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta

WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun
dan ke atas

BUJANG
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun
hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun

Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) 2022

Berikut merupakan perincian untuk Tempoh permohonan Kemas Kini Maklumat Asas bagi penerima BKM  yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM :

  • Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022*.
  • Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.

* Maklumat ini Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Tindakan yang perlu dilakukan untuk kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  • Nombor Telefon Rumah.
  • Nombor Telefon Bimbit.
  • Alamat e-Mel.
  • Maklumat Wakil.

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang mengemukakan Permohonan Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10 Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia

Kemas Kini Maklumat dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan. Sila klik  untuk memuat turun borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022.

Berikut kami kongsikan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan :

loading - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran Loading...
EAD logo - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran Taking too long?

reload - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran Reload document
| open - BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh Bayaran Open in new tab

Muat Turun

Permohonan Rayuan BKM 2022

• Tarikh permohonan rayuan BKM:

  • Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara borang kertas (Semenanjung Malaysia) – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
  • Secara borang kertas (Sabah dan Sarawak) – mulai 09 Mei 2022 hingga 07 Jun 2022*.

• Kaedah permohonan :

  • Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022.
  • Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022.

Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 4

Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?

Berikut adalah Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 4

Tarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir Bantuan Keluarga Malaysia  Fasa 4) adalah pada 15 November 2022, walaupun pada awalnya dijadualkan pada Disember 2022. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataan terbaru pada 10 November 2022.

Maklumat Lanjut BKM

Untuk maklumat lanjut dan jumlah bayaran bagi setiap kategori, penerima BKM bolehlah mehghubungi