Pemberitahuan » Terkini » Semakan Permohonan BMT 2021 Online & Kemaskini Maklumat

Semakan Permohonan BMT 2021 Online & Kemaskini Maklumat

Semakan Permohonan BMT 2021.

Permohonan BMT sekali lagi dibuka untuk tahun ini bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini merupakan sebahagian daripada peruntukkan di dalam Belanjawan Negara dimana sebanyak RM191 juta akan disalurkan kepada para pekebun kecil di seluruh negara.

Syarat kelayakan, cara permohonan & cara kemaskini maklumat permohonan anda kami sediakan di dalam artikel hari ini Permohonan BMT 2021 Online (RISDA) & Kemaskini Maklumat sebagai rujukan.

Jom baca!

Semakan Permohonan BMT 2021 Online & Kemaskini Maklumat

Prihatin dengan situasi yang dialami oleh rakyat khususnya petani dan pekebun kecil getah yang terjejas sumber pendapatan akibat musim tengkujuh, kerajaan menyediakan inisiatif Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk meringankan beban yang dialami rakyat.

Mereka yang ingin memohon atau mengemaskini maklumat permohonan boleh rujuk maklumat di bawah:

SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BMT 2021

Pemohon boleh membuat semakan permohonan BMT 2021 melalui dua cara iaitu:

SEMAKAN SECARA MANUAL

  • Pemohon boleh menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan

SEMAKAN SECARA ONLINE

  • Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, pemohon boleh membuat semakan di pautan berikut:

SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BMT ONLINE

  • Pemohon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘Submit’

Screenshot 2021 12 23 at 13 44 08 Semakan BMT - Semakan Permohonan BMT 2021 Online & Kemaskini Maklumat

TARIKH BAYARAN BANTUAN BMT 2021

Jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini adalah sebanyak RM600 dan akan disalurkan melalui 2 fasa iaitu pada bulan November dan juga Disember.

Baca Juga :  Semakan Pengambilan Perajurit Muda (TLDM) 2022

Pekebun kecil dan Penoreh Getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima bayaran kedua Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2021 yang akan dibayar RM300 seorang pada 24 Disember 2021

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BMT

Syarat-syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEKEBUN KECIL RISDA

Maksud pekebun kecil pemilik adalah mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan kebun pemohon adalah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  4. Pemohon mestilah pemilik tanah yang sah
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENOREH BUKAN PEMILIK

Maksud penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebun tersebut.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon adalah penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Pemohon mesti mendapatkan pengesahan pemilik tanah yang sah
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

CARA PERMOHONAN BMT 2021 ONLINE

Pekebun kecil yang menepati kesemua syarat kelayakan di atas boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon perlu hadir ke Pejabat RISDA yang berdekatan untuk mengisi borang permohonan BMT.
  2. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan:
    • DOKUMEN PERMOHONAN PEKEBUN KECIL PEMILIK
      • Kad pengenalan pemohon dan salinan
      • Geran asal tanah dan salinan
      • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank
    • DOKUMEN PERMOHONAN PENOREH BUKAN PEMILIK
      • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
      • Geran asal tanah dan salinan
      • Salinan kad PAT-G
      • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank

Maklumat Lanjut Semakan Permohonan BMT 2021

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi pihak berkenaan di saluran berikut:

  • HOTLINE BMT RISDA: 03-4256 4022
  • Alamat:
    • PEJABAT RISDA
      BANGUNAN RISDA,
      KM 7, JALAN AMPANG,
      KARUG BERKUNCI 11067
      50990 KUALA LUMPUR.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH