Pemberitahuan » Terkini » Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

Cuti Umum 8 Jun?

Apa yang istimewanya cuti umum pada 8 Jun ni? Dengar cerita ‘wajib’ diberikan cuti pada pekerja? Ada perayaan istimewa ke?

Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘wajib’ disini?

Anda tertanya-tanya?

Jom baca artikel kami di Pemberitahuan hari ni Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong untuk tahu dengan lebih lanjut. Semuanya ada disini.

Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

Umum mengetahui, 8 Jun 2020 di Malaysia telah pun diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Berikut merupakan petikan yang diambil dari Bernama berkaitan dengan cuti umum hari keputeraan Yang Dipertuan Agong ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata pengisytiharan itu dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac lepas.

“Hari kelepasan am ini adalah termaktub sebagai hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut Seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Hari kelepasan am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi hari kelepasan am selaras dengan peruntukan Akta 265,” menurut kenyataan itu.

Bernama

Berbeza dengan cuti umum yang biasa, cuti umum hari keputeraan Yang Dipertuan Agong ini ‘wajib’ diberikan oleh majikan kepada pekerja.

Sekiranya gagal berbuat demikian, majikan perlu mengikut peruntukan yang diberikan di bawah Akta 265.

Baca Juga :  Semak Keputusan Peperiksaan di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Kami turut sertakan kenyataan media ‘CUTI UMUM HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BAGI PEKERJA SWASTA’ buat rujukan anda:

hari keputeraan agong - Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

Kesimpulan

Anda boleh rujuk Kalendar Cuti Umum 2020 ini untuk merancang semula cuti anda.

Seronok, seronok juga tapi jangan lupa kita masih lagi berada dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pastikan anda mematuhi SOP yang diberikan kerajaan sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga di luar semasa cuti ini.

Selamat bercuti kami ucapkan!