Pemberitahuan » Terkini » Cara Daftar & Tebus eWallet RM50 (Program ePenjana)

Cara Daftar & Tebus eWallet RM50 (Program ePenjana)

Cara Daftar & Tebus eWallet

Hari tu tebus RM30, sekarang boleh tebus RM50 pula? Macam mana tu?

Nak tahu dengan lebih lanjut?

Pemberitahuan hari ini merangkumkan segala maklumat dan panduan yang anda perlukan dalam artikel kami Cara Daftar & Tebus eWallet RM50 (Program ePenjana). Jangan risau, mudah sahaja!

Jom teruskan membaca!

eTunai Rakyat RM50 (Program ePenjana)

Berikut kami sertakan ucapan Perdana Menteri pada perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), 5 Jun 2020 yang berkaitan dengan ewallet:

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

APA FUNGSI eTUNAI RAKYAT?

E-Tunai Rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet iaitu pembayaran secara digital di kalangan pengguna dan juga peniaga terutama sekali perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Mengikut pengumuman terdahulu, tiga pengendali perkhidmatan e-dompet telah dipilih bagi program ini iaitu Boost, Grabpay and Touch ‘n Go e-wallet.

Berikut kami kongsikan kepada anda cara daftar dan tebus eTunai rakyat RM50 ini:

Cara Daftar & Tebus eWallet

APP BOOST (IOS, ANDROID)

  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM50 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020
Baca Juga :  Daftar Undi Automatik SPPA: Semakan/Kemaskini Alamat 2021

APP GRAB (IOS, ANDROID)

  1. Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  2. Grabpay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  7. Kemudian tekan dan tebus RM50.
  8. Selesai! Dah dapat belanja RM50 yang ada dalam eWallet.

APP TOUCH ‘N GO (IOS, ANDROID)

Berikut kami sertakan video tutorial mendaftar dan menebus etunai rakyat RM50 dengan aplikasi Touch ‘n Go:

VIDEO DAFTAR EWALLET DENGAN TOUCH ‘N GO

VIDEO BUAT PENGESAHAN EWALLET DENGAN TOUCH ‘N GO

TIPS: Cara Daftar & Tebus eWallet

CARA KUMPUL MATA UNTUK DAPATKAN CASHBACK

Untuk kumpul mata sambil menikmati pelbagai cashback, pastikan anda gunakan kad BigPay bersama eWallet anda.

Macam mana? Mudah sahaja:

Langkah 1:
Pastikan anda memuat turun aplikasi *BIGPAY* di Play Store atau App Store

Langkah 2:
Selepas itu apply kad BigPay ini menggunakan telefon anda sahaja

Langkah 3:
Masukkan kod ni 6P08UL1JQP untuk claim *RM10 PERCUMA* dari Air Asia. Banyak tu! Apa lagi, kalau tak claim rugi tau!

Langkah 4:
Dah selesai semua, top up RM20 untuk aktifkan kad. Anda boleh tambah nilai menggunakan kad kredit atau online banking. Selesai!

*Once activate, dalam account ada RM10(referral code)+RM20 =RM30

Langkah 5:
Kad tu dia akan pos ke alamat kita, dlm 5 – 7 hari bekerja dah sampai, anda tidak perlu bayar apa-apa pun untuk pos.

Kesimpulan Cara Daftar & Tebus eWallet

Semoga langkah kerajaan dalam program epenjana  ini dapat memulihkan keadaan ekonomi negara sekaligus membantu kita rakyat Malaysia secara keseluruhannya dalam kehidupan.

Nikmai eTunai RM50 yang disediakan kerajaan ini. Jangan lupa tebus pula ya!

Selamat maju jaya kami ucapkan!