Pemberitahuan » Informasi » Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

Diskaun 70% Saman JPJ.

Pemberian diskaun sebanyak 70% adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ yang ke 75 dan diumukan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Inisiatif ini merupakan satu usaha untuk meringankan beban mereka yang mempunyai tunggakan saman JPJ yang banyak.

Saman apa yang tertakluk kepada diskaun sebanyak 70% ini?

Dimana boleh anda membayar saman JPJ yang tertunggak tu?

Teruskan bersama Pemberitahuan hari ini dengan artikel Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021.

Jom baca!

Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

 

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang disebut dibawah:

  1. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

CARA SEMAK SAMAN JPJ DISKAUN 70%

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

  1. Pada ‘Senarai Perkhidmatan’ klik ‘Semakan Saman JPJ dan AES’
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik ‘Semak’
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES
Baca Juga :  Permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) 2020 Online

 

NOTA:

  • JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
  • AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

semak saman jpj - Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 654321870912

ATAU

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman DEF5678

CARA BAYAR SAMAN JPJ ONLINE DAN DAPATKAN DISKAUN 70%

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

  1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan e-Services.

Berikut kami sertakan cara pembayaran saman yang mudah:

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-services.

Anda juga digalakkan untuk menggunakan sistem online seperti MySIKAP JPJ untuk membayar saman bagi mengelakkan daripada bersesak beratur di kaunter untuk bayar saman.

Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang disediakan di MySIKAP JPJ:

mysikap 1a 774x1024 - Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

CARA DAFTAR DI PORTAL MySIKAP JPJ

mysikap 1b 709x1024 - Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

mysikap 2a 730x1024 - Diskaun 70% Saman JPJ Bermula 13 April Hingga 11 Jun 2021

Kesimpulan

Ini merupakan inisiatif yang diusahakan kerajaan untuk menggalakkan pengguna membayar saman-saman mereka yang tertunggak.

Apa anda tunggu lagi?

Rebut peluang diskaun 70% ini!

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pengguna!

TERIMA KASIH