Pemberitahuan » Terkini » Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma

Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma

Permohonan IKB MAIWP 2021.

Makluman kepada mereka yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) anda kini boleh mula membuat permohonan kemasukan IKB 2021.

Bagaimana? Apa syarat kelayakan permohonan?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma kami sediakan khas buat mereka yang berminat sebagai panduan permohonan. Semua informasi yang anda perlukan ada disini.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Apa Itu Institusi Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP?

Institusi Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1990 dan mula beroperasi pada tahun 1991 di Taman Maluri, Kuala Lumpur dan mula dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiannya ditukarkan kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995.

Namun, sejajar dengan perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, nama tersebut telah dinaiktaraf kepada Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1996.

Program-program di IKB dilaksanakan melalui sistem pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Para pelajar yang terpilih akan menerima elaun dan semua kos pembelajaran ditanggung dengan dana zakat, di mana keutamaan adalah kepada anak-anak keluarga asnaf dan B40.

Keistimewaan untuk pelatih-pelatih IKB:

  • Yuran pengajian percuma.
  • Elaun bulanan RM100.
  • Penginapan serta makan dan minum akan disediakan.
  • Pakaian korporat dan teknikal akan disediakan.
Baca Juga :  Diskaun Saman JPJ/AES/SPAD 70%: Semak & Bayar Saman Online

Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma

Berikut kami kongsikan cara permohonan, syarat kelayakan, tempoh permohonan etc sebagai rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IKB MAIWP 2021

Mereka yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Permohonan ini terbuka kepada lelaki dan juga wanita.
  3. Pemohon mesti berumur dari 18 hingga 35 tahun.
  4. Minimum kelulusan pemohon adalah tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik.
  5. Pemohon mestilah boleh membaca, menulis dan mengira.
  6. Pendapatan isi rumah pemohon di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan.

TARIKH PERMOHONAN IKB MAIWP

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan bermula 7 April 2021 sehingga 2 Mei 2021.

CARA PERMOHONAN IKB MAIWP 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus membuat permohonan dengan cara yang berikut:

  1. Permohonan secara online di: BORANG PERMOHONAN ONLINE IKB MAIWP 2021

NOTA:

Untuk makluman anda, permohonan yang lengkap dan menepati syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

TEMPOH PENGAJIAN DI IKB MAIWP

  • Tempoh pengajian/kursus bagi pelajar di IKB MAIWP adalah selama 4 semester ataupun 2 tahun.
  • Kelas akan bermula pada 8 pagi sehingga 5 petang.
  • Cuti kelas pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

KURSUS YANG DITAWARKAN DI IKB MAIWP

5 jenis kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Kejuruteraan Elektrik
  2. Perkhidmatan & Penyajian Makanan
  3. Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
  4. Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
  5. Teknologi Binaan Bangunan

Maklumat Lanjut

institut kemahiran baitulmal 724x1024 1 - Permohonan IKB MAIWP 2021 Online: Elaun & Kursus Latihan Percuma

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan IKB MAIWP ini ataupun hal-hal lain anda boleh terus hubungi pihak institut di saluran berikut:

  • No telefon: 03-92830385
  • Emel: ikbmaiwp91@gmail.com
  • Alamat: Bangunan IKB Insitut Kemahiran Baitulmal Lot 1363 Jalan Perkasa Off Kampung Pandan Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur.
  • Sosial Media: Facebook IKB MAIWP

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang membuat permohonan untuk menyertai pengajian di IKB.

TERIMA KASIH