Pemberitahuan » Informasi » 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

Jenis -Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan inisiatif kerajaan untuk melancarkan skim i-Lestari yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan wang sejumlah RM500 dari Akaun 2 mereka. Alternatif ini membantu meringankan beban rakyat. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang masih tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis pengeluaran KWSP.

EPF KWSP 1584954304 - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

kwsp member - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

Jom kita lihat 15 jenis pengeluaran untuk kemudahan pencarum mengeluarkan wang mereka sebelum mencecah umur 50 tahun.

1. KWSP Umur 50 Tahun

Ahli KWSP yang mencecah usia 50 tahun boleh mengeluarkan wang sepenuhnya atau sebahagian dari Akaun 2.

Syarat Kelayakan Memohon:
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; atau bukan Warganegara Malaysia
Berumur antara 50 – 54 tahun
Mempunyai simpanan wang dalam Akaun 2

2. KWSP Umur 55 Tahun

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan.

Syarat Kelayakan Memohon:
Merupakan Warganegara Malaysia; ATAU BUKAN Warganegara Malaysia
Berumur antara 55 – 59 tahun
Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

3. Akaun Emas Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini selaras dengan umur minima persaraan iaitu 60 tahun.

Syarat Kelayakan Memohon:
Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
Mencapai umur 60 tahun
Mempunyai simpanan KWSP

Screen Shot 2018 05 02 at 3.16.50 PM - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

4. Mengurangkan atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu: Pengeluaran simpanan di Akaun 2 untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu atau

Bersama: Pembeli yang dilakukan bersama ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik dan sewaktu dengannya.

Kelayakan Memohon:
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
Belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan
Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minima RM500)

5. Hilang Upaya

Pengeluaran jenis ini hanya boleh dibuat sekiranya ahli tidak berupaya dari aspek fizikal atau mental ataupun hilang upaya kekal untuk memperolehi kerja (employability).

Syarat memohonnya adalah ahli belum mencapai umur 60 tahun, mempunyai simpanan dalam akaun KWSP dan belum bekerja ketika buat permohonan pengeluaran ini.

6. Meninggalkan Negara

Pengeluaran jenis ini hanya layak dipohon sekiranya warganegara Malaysia telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau BUKAN warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia.

Baca Juga :  Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

Kelayakan Memohon:

  • Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke negara asal; DAN
  • Masih memiliki simpanan dalam akaun KWSP

19665656 10155095713309998 4117529739345618135 n - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

7. Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT di dalam atau di luar negara).

Belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 2 layak memohon pengeluaran jenis pendidikan ini.

8. Pekerja Berpencen dan pengeluaran Pesara Pilihan

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:

  • Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
  • Bahagian Majikan Kerajaan akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Bagi mereka yang hendak memohon mestilah pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU pekerja dalam Pertahanan/Perkhidamtan Tentaera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA.

9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini sedikit berbeza kerana ia membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk buat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan sepanjang persaraan.

Oleh itu, ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

10. Membina atau Membeli Rumah

Kebanyakan orang menggunakan kaedah ini untuk membeli rumah mereka. Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah.

Kelayakan Memohon:

Bertaraf Warganegara Malaysia atau bukan warganegara, belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan, dan mempunyai simpanan RM500 minima dalam Akaun 2.

11. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 digunakan untuk biayai ansuran pinjaman perumahan secara bulanan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Kelayakan Memohon:

Ahli belum mencecah usia 55 tahun pada tarikh permohonan diterima dan umur maksima yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan serta mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 dalam Akaun 2.

pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan kwsp - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

12. Kematian

pengeluaran kematian kwsp 1024x482 1 - 15 Jenis Pengeluaran KWSP Anda Perlu Tahu (Sebelum Pencen)

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli sekiranya berlaku kematian ke atas ahli tersebut.

13. Kesihatan

Pengeluaran jenis ini hanya dibolehkan untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang telah diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan Akaun 2.

14. Haji

Pengeluaran Haji ini bertujuan untuk menampung kos perbelanjaan asas mengerjakan Haji.

15. Perumahan Fleksibel

Proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli atau membina rumah.

Selamat menggunakan pengeluaran wang KWSP anda dengan sebaik-baiknya!